Lama gila tak update blog ni... macam bz bebenor je kan..
Sebenarnya takde la bz sangat pon.. just mood untuk menulis atau menaip ni kurang sikit semenjak beralih ke alam pekerjaan.. dulu time menganggur banyak la cerita yang berlegar-legar dalam kepala ni.. banyak idea.. ke sebab faktor umur menyebabkan idea-idea bernas untuk menulis semakin berkurang? oh tidakk! walaupun umur meningkat, aku tetap muda remaja.. ngeh ngeh ngeh... (tolong jangan muntah)..
Okay..beralih ke point yang berkaitan dengan tajuk post ni..Tips Memilih Warna Tudung.. haaa.. ni lah perempuan..semua benda nak kena tips.. perempuan kan nak cantik..
Bawal Crepe by Rania Closet |
Okay ni tips memilih warna tudung mengikut warna kulit
1) Kulit Gelap
Warna yang sesuai : Warna lavender, pastel dan warna neutral seperti putih.
Warna perlu dielak : Hitam, coklat, warna gelap seperti hijau terang, merah bata atau kuning.
2) Sawo Matang
Warna yang sesuai : Cream, navy blue, hitam, purple
Warna perlu dielak : Merah, kuning, hijau gelap atau coklat gelap.
3) Putih Kekuningan
Warna yang sesuai : Warna lembut seperti merah jambu dan biru
Warna perlu dielak : Cream, putih, oren
4) Kulit Putih
Bagi yang berkulit putih, korang memang bertuntung...semua warna sesuai untuk korang..
Walaubagaimana pun, tini hanya tips sahaja...boleh buat panduan untuk shopping tudung nanti.. tapi kalau korang nak bedal warna apa-apa pun tak kisah..sekarang memang orang pakai warna macam-macam..dan make sure sesuai dengan pakaian korang...
Korang berkenan tak tengok gambar Bawal Crepe by Rania Closet yang very the colourful kat atas tadi tu? cantik kannn... kalau nak shopping tudung, boleh visit Facebook Page Rania Closet.. harga tudung murah-murah dan sangat colourful...dah dekat nak raya ni boleh la borong tudung dengan Rania Closet banyak-banyak sebab saya pun shopping dengan Rania Closet.. layanan yang sangat baik.. ataupun boleh Whatsapp 011-25600479.. dijamin reply segera.. Selamat Shopping guys!