Followers
Wednesday, January 19, 2011
3 sahabat
nampak tak awek cun kat atas ni?kikikikikikiki...bukan perasan ok...kita kena ada keyakinan diri...ceeewaaahhhhh......gambar ni di'snap' pada hari kami ada presentation Medical Diagnostic II..sebab tu pakaian cam formal jek(awek baju biru tu tak present pun tapi dia nak pakai formal jugak)..hihi..
yang sebelah kiri aku, yang pakai baju oren tu nama dia HALIZA BINTI MAHDI...asal Muadzam Shah, Pahang..kalo nak tahu, dia ni sekarang ada 'peminat cilik'...hikhikhik...kalo dia baca ni mesti gelak sebab dia cakap kelakar kalo aku panggil peminat dia tu 'peminat cilik'...hihi...
yang sebelah kanan aku, yang baju biru tu nama dia NAJIBAH BINTI MUSTAFA...orang Losong, Terengganu...sebelah kampung aku je ni...sekarang hati die tengah berbunga2...al maklum laa...orang tengah bercintan cintun...hati sentiasa gumbira..bila dah gumbira, pipi pon turut gumbira(pipi dia makin gemuk)...
yang tengah tu nama dia......eh...yang tengah tu aku la..takkan tak kenal kot...
aku kenal dua orang ni sejak tahun 2006..time diploma..mula2 kenal gitu2 je..masuk sem 2 baru lah rapat gila2..kami jadi rapat lepas pegi President's List kat Concorde Hotel, Shah Alam..lepas tu mane pegi mesti tiga orang ni tak boleh berenggang..siapa tak kenal kami bertiga kat PTPL Terengganu?(macam ayat bongkak+riak je kan)...hehe...tapi betul la..tak tipu ni...
kenangan manis kami masa pegi interview untuk jadi MPP sama2..then sama2 dapat pegang jawatan..sama2 dapat President's List tiap2 sem..makan sama2 kat kedai besi, kedai mak teh n kedai nasi minyak(tak tau pulak apa nama kedai ni)..sama2 pegi shopping, sama2 pegi sembahyang kat Yayasan Islam tu...sama2 ponteng kelas...ehhh....kami tak ponteng kelas tau...betullll...kami budak baik! haha... inilah kami... TIGA orang sahabat baik...sweet bestfriend...
berminat?nak borang? boleh dapatkan di ........hah...tak payah lah...nanti tak pasal2 aku kena fire cam ultraman menyerang raksasa...
Tuesday, January 18, 2011
inilah perempuan - perempuan dan mekap
perempuan dan mekap memang tak boleh dipisahkan...tanpa mekap, siapalah perempuan kan? alahhh...tak jugak...ada je perempuan yang tak mekap tapi cun jugak kan? huhu...aku masa zaman sekolah dulu2 memang anti la dengan mekap2 ni..setakat pakai bedak pegi sekolah ok la lagi...tapi kalo pipi da merah2, bibir merah2, lain macam pulak aku tengok,.nak belajar ke nak mengorat ustaz? huhu...tapi tu dulu2 la...sekarang baru tau mekap tu penting...yela...jerawat naik..kena la pakai ape2 yang patut tak nak bagi nampak sangat jerawat ngokngek ni...haih...bengang betol dengan jerawat ni...sejak2 duduk Shah Alam ni la jerawat timbul dengan banyaknya...sakit jiwa uuuuuuu...eh...terpesong jap....aku tak nak cakap pasal jerawat...berbalik kepada mekap...ni la antara mekap yang aku pakai...tak mampu nak pakai MAC or Shu Uemura...setakat beli yang ada jual kat Guardian n Watson je..hihi...student la katakan...gambar2 di bawah ni memang tak cantik...maklumlah...aku ni tak berseni kalo bab snap pic ni..main redah je snap...kalo ada kecacatan, sila abaikan...heeee
SUNBLOCK - SUN PLAY POWDERY WHITE (SPF 47)
best guna sunblock ni. bau best n tak berminyak macam sunblock lain
FOUNDATION - SILKYGIRL SKIN PERFECT
aku guna kaler natural. ok la...
COMPACT POWDER - IN2IT
sangat tahan lama n lawa design die
EYELINER - (dari kiri) IN2IT (black), IN2IT (dark brown), MAYBELLINE (dark brown)
aku biasa pakai kaler dark brown. kaler hitam tu jarang guna
EYELINER - SILKYGIRL GEL LINER (dark brown)
baru je beli. waterproof
EYESHADOW - IN2IT & CYBER COLOURS
ni benda yang paling jarang aku pakai
BLUSHER - SILKYGIRL
yang ni pun jarang guna tapi tak sejarang guna eyeshadow (faham tak ayat ni?kalo tak faham, tanya ye)
VASELINE
aku memang tak guna lip balm or lip gloss. guna benda alah ni je
LIPSTICK - MAYBELLINE (301)
aku memang suka kaler merah n terang2. agak2 macam makcik2 tak?
MAKEUP REMOVER - SILKYGIRL HYDRA CLEAN
biasa guna tang mata je
tu bahagian mekap...selain mekap? tengok bawah ye...
RAMBUT - LOREAL ELSEVE SERUM & LOREAL PARIS STUDIO FINISHING SPRAY
serum tu aku guna tiap2 hari. satu set dengan syampu. yang spray tu biasa guna lepas curl. bagi tahan lama
LOTION
aku memang suka guna losyen banyak2. pagi lain malam lain pegi jalan2 pun lain..hihi
macam ni la perempuan. benda nak tempek kat muka dah ratus2 ringgit. campur lotion campur penjagaan rambut. tu tak termasuk lagi penjagaan kaki, sabun mandi dll...mau setahun tu berhabis ribu-riban...lelaki jugak senang. tak payah nak tempek ape2 kat muka. jerawat banyak pon perempuan suka jugak..hihi..ok lah...macam panjang sangat da..nanti korang muntah darah pulak mentap benda ni lama2..nanti aku mengarut lagi..haha...
Sunday, January 16, 2011
selamat malam
tengok tak AJL minggu lepas? mesti la tengok kan....tengok tak persembahan Faizal Tahir? ya saya tau ada 2 persembahan dia....tengok tak yang lagu Selamat Malam? best kan? nampak kasih sayang yang ditonjolkan tu...kasih sayang antara ibu dan anak n suami dan isteri...saya tengok persembahan ni, saya rasa sangat2 terharu sampai nak menitik air mata...tak tahu kenapa...menusuk ke kalbu kot...hihi...korang rasa macam saya rasa tak? huhu...kalo tak tengok lagi, ni videonya....
* mood budak baik hari ni...sebab tu guna "saya"..hihihi
* mood budak baik hari ni...sebab tu guna "saya"..hihihi
Saturday, January 15, 2011
bila mata tak bole pejam
waarrrggghhhh....kenapa tak bole tido ni?dah la kul 730 pagi ni nak pegi community service..dari kul 2 pagi tadi lagi duk bergolek atas katil. lampu pon da tutup.bajet nak tido awal la sebab nak bangun awal (bajet saje). tapi tak tido2 jugak...baru je mata nak lelap sikit, tepon berbunyi2..tu tandanya dah sampai masa untuk bergayut..habis bergayut, golek2 lagi..sedang bergolek2 tu, dengar la bunyi kapal terbang lalu-lalang dan berlegar2 di ruang udara...5 kali aku dengar...maknanya ada 5 buah kapal terbang lalu atas rumah aku (hipotesis ini tak bole dipakai. mungkin jugak kapal terbang yang sama lalu-lalang) huhu... pukul 5.30 pagi aku pon bukak lampu..belek2 muka kat cermin...dan..........tidakkkkkkkkk.....mata suda bengkak...dah ada persamaan dengan panda! oh mata! mesti anda penat kan? sabar ye...nanti esok saya bagi rehat secukupnya...ok?
Thursday, January 13, 2011
sebelum dan selepas
Wednesday, January 12, 2011
saya bangga!
kenapa saya sangat bangga? cuba tengok gambar bawah ni...kalo tak nampak, sila klik untuk large view. mesti anda faham..hihi
sebagai seorang pelajar Management & Science University (MSU), saya sungguh bangga dengan pencapaian university saya.
p/s : Encik Asraf, sila tengok kedudukan University anda. kihkihkihkih huahuahua hahahahaha hohohohohoho (gelak memerli yang melampau) =p
sebagai seorang pelajar Management & Science University (MSU), saya sungguh bangga dengan pencapaian university saya.
p/s : Encik Asraf, sila tengok kedudukan University anda. kihkihkihkih huahuahua hahahahaha hohohohohoho (gelak memerli yang melampau) =p
Tuesday, January 11, 2011
curi time study jap
entry ini bertujuan untuk memberitahu anda semua yang saya sedang study Music! sekarang 1.30 pm...5.00 pm nanti ada paper MUSIC APPRECIATION & VOCAL.....ni mencuri masa mengupdate blog...tak tahu da nak baca apa...hihi...
| ini notes music. prepared by Mdm Mimie |
| classical era |
| romantic period. tak rasa romantic pon study ni.. |
![]() |
| Johann Sebastian Bach (Baroque Era) |
![]() |
| Joseph Haydn (Classical Period) |
![]() |
| Franz Liszt (Romantic Period). dalam notes cakap die ni ensem. aku tengok biasa jek..hihi |
Subscribe to:
Posts (Atom)




