Followers

Thursday, January 5, 2012

Kategori Lelaki


Cak! cak! cak! (tak ada idea nk buat intro sebenarnya) Mental betul aku sekarang ni... tapi bukan mental problem.. waras lagi setakat ni.. Apa perasaan korang kalo korang puasa then abang korang makan nasi ayam yang mak korang masak yang sangat sedap tu siap bertambah dua kali depan korang? Perghhhh...rasa macam nak menangis guling-guling je.. Sebelum aku guling-guling, baik aku pegi tengok tv..layan Redah Kasi Pecah..tengok Zizan tangkap kambing..bole jugak gelak guling-guling..

Sambil melayan perasaan depan tv tadi tiba-tiba teringat something. Masa tu aku tengah duduk melepak kat satu kedai makan ni. Lepas tu ada la satu kumpulan awek-awek dekat meja sebelah cakap macam ni:

Minah : Senah, ko tengok mamat yang baru kuar kete BMM tadi tu? Hensem! macam Tom Kurus..

Senah : Eh, tu bukan hensem. Tu muka jambu.. Hensem dengan jambu pun tak reti beza ke?

Dialog lebih kurang macam tu la..watak dalam dialog di atas adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ehhhhh...kantoi aku sibuk pasang telinga kan.. tapi bukan aku pasang telinga pun... diorang yang bercakap dengan volume suara yang membolehkan aku dengar tanpa perlu bersusah payah nak pasang telinga.

Okayyy... motif utama dialog tu ditaip adalah untuk memberitahu bahawa terdapat perbezaan dalam mengkategorikan seseorang lelaki itu hensem, smart, cute, sedap mata memandang, manis, buruk dan sebagainya. Dan satu lagi, setiap perempuan ada citarasa masing-masing. Jadi tak semestinya 55 perempuan cakap korang hensem, korang pun bole berbangga dengan kehenseman korang. Mungkin jugak ada 88 orang lagi yang cakap korang buruk. Betul tak? Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi mata lain-lain.. errkkkk!??

Di sini aku dengan tanpa segan silunya nak mengexposekan kategori-kategori lelaki pada pandangan aku. Sekali lagi diulang, pada pandangan aku ye..

1) Hensem 
Tom Cruise
Tua-tua pon hensem lagi mamat ni..
Johnny Depp
Hensem tapi dengan gaya yang pelik
2) Smart
Ady Putra
Awwww...melting..melting...

Won Bin
dia da tak berlakon ke?

3) Comel 

Frank Lampard
dia ni comel sebab bibir dia kot

Logan Lerman
Comel! Comel! Comel!

4) Sedap mata memandang 

Remy Ishak
sedap tak mata korang tengok?heeee

5) Jambu 
Song Joong Ki


Kim Hyun Joong

Artis K-Pop ni kebanyakannya jambu..tak tau la jambu batu ke apa...


Kalo yang ni kategori ape agaknye?


terlajak hensem


Kalo perempuan pulak cane?

Tuesday, January 3, 2012

Aktiviti Si Penganggur

Hari ni 3 Januari 2012.. Dua bulan lepas aku baru habiskan internship aku n now aku duduk rumah goyang kaki je..Perghhhh... Dua bulan kot aku duduk goyang kaki.. Korang boleh? Mesti ramai jeles tengok aku goyang kaki je sedangkan yang lain kena bangun awal pagi pegi keje n pegi kelas. Lambat pegi keje, punch card merah pastu kena marah dengan bos. Kalo lambat pegi kelas, kena sound dengan lecturer. Kena time lecturer mood nak marah, dia membebel setengah jam. Kesian kawan-kawan korang kena tadah telinga dengar sekali. Dan aku...dengan bangganya ingin mengumumkan yang aku kini sudah bergelar seorang penganggur bertauliah.. Korang ingat best ke duduk goyang kaki je ni? Serius tak best langsung.. Oh final result! Cepatla keluar...tanpa final result, siapa lah aku ni.. Macamana aku nak mintak keje? Sebab tu la aku terpaksa bergoyang kaki ni...Haihhh....korang tau apa keje aku selama dua bulan ni? Haaa...ni dia...

1) Khatam drama korea sampai lebam
Sebelum ni, tak ada masa nak layan cite korea...satu cite tu sebulan lebih jugak la nak habiskan..sekarang masa terluang tu sangat-sangat banyak..so melayan cite korea je la kejenye..sampai naik pening jugak aku nengoknye...maklumla tengok kat laptop.. Kadang-kadang rasa macam juling je mata ni.. Cite sedih, romantic, action, komedi, semua aku tengok...hero hensem ke tak hensem, semua aku layan..

Melting serta merta tengok pic ni


2) Baca novel
Lame dah tak baca novel sebenarnya.. Hari tu jalan-jalan pegi kedai buku then nampak novel baru Ramlee Awang Murshid – Fiksyen 302.. AAku pun ape lagi, grab terus novel tu then pegi bayar.. Tak perlu tengok synopsis.. novel Ramlee Awang Murshid memang tak pernah tak best. Serius! Rugi kalo korang tak baca novel dia..

Takut tak? Takut tak?


3)Stalk page fb
Disebabkan masa yang begitu banyak terluang, terpaksa la aku stalk page facebook kawan-kawan yang ada.. Stalker sejati beb! Tapi bukan stalk page ex bf atau lelaki paling hensem kat kampus.. No! No! No! Stalk fb kawan-kawan okayyy.. Tengok perkembangan diorang.. Ada yang da keje, ada yang da kawen.. Yang baru kawen tu sibuk mengupload gambar-gambar kawen diorang.. Bahagia betul tengok kawan-kawan kawen... Yang da ada anak pun upload gambar anak diorang.. Terima kasih la pada facebook.. sebab facebook ni bole jadi jejak kasih.. Facebook, connecting people...ehhh?!! bukan Nokia ke?? Ermmm...mane-mane la...

4) Baking
Perghhhh... Ini baru betul anak dara... Menghabiskan masa di dapur... Bukan ikut mat rempit merempit sana-sini... Kenapa mat rempit dipersalahkan? Mungkin sebab aku tengah bengang dengan mat rempit yang buat bising depan umah aku.. Tak boleh ke korang merempit diam-diam? Grrr~~ Semenjak duduk rumah ni, rajin pulak nak baking-baking ni... Moist chocolate cake, orange cake, marble cake, oreo cheesecake, blueberry cheese tart n banyak lagi.. Lepas tu mengadap la makan benda-benda ni sampai perut buncit.. Bila kawan-kawan tegur nampak gemuk, mula la menggelabah nak diet.. tapi memang aku bole rasa aku da gemuk..  Mane tak gemuk, makan je keje. Exercisenye tak.. Lepas tu mula la terpikir yang kadar metabolisme aku dah menurun ke? Padahal pengambilan makanan tu melebihi kadar pengambilan makanan yang perlu diambil..eh..betul ke ayat aku? Betul la kot..

Gambar ihsan dari Yahoo. aku buat mesti la lagi cantik..okay bole muntah...


Seterusnya... Bersenam? Errrrr... tak bersenam lagi setakat ni..  Akhir kata, doakanlah result aku keluar dengan cepat dan pantas. Sekian. =)

Sunday, November 13, 2011

Drama Airmata

Cik Unaaaa dah jadi pelakon drama Airmata ke? auuuwwwww...femes la aku nanti...heee... takde la...sape la nak amik aku berlakon...rosak drama diorang nanti..Fasha Sandha pun nanti menangis2 suh aku brenti berlakon takut dia takde job..perghhhh...angan-angan tahap tinggi!


drama airmata ni bukan drama tv kerajaan atau tv swasta...drama ni terjadi time hari last internship...time beratur nak punch card..biasa la...hari last....ada sesi mintak maaf...emo + touching2 skit...memang sedih...kawan-kawan kat sini semua best...aku kenal diorang 5 bulan tapi rapat macam dah kenal bertahun-tahun...awal-awal lagi aku dah nekad tak nak nangis...xmo la sedih-sedih kan...tapi jatuh jugak airmata aku last day ni... come on la Una... tak macho la nangis... tpi memang aku tak macho kan? aku cun jek...errrkkkkkk (muntah darah)


sebelum datang praktikal, memang aku tengah sedih...lepas jumpa budak-budak ni, sedih tu hilang sikit-sikit...apa-apa pun..yang aku pasti, aku rindu kawan-kawan praktikal aku ni...


Miss them a lot!

Sunday, October 30, 2011

Perubahan Sebelum dan Selepas Internship

Pejam celik pejam celik, dah 19 minggu aku habiskan internship aku. tinggal lagi seminggu untuk aku berbakti, membanting tulang dan mengerah keringat tanpa bayaran kat HSNZ ni... cepat betol masa berlalu.. sebelum start internship dulu bukan main lagi dalam kepala dah terbayang seksanya nak habiskan internship 5 bulan ni..sekarang rasa macam nak sambung lagi 5 bulan (tipu!).. 

Sepanjang internship ni, memang sangat banyak perubahan berlaku...yela... pegi internship pun macam pegi kerja jugak...macam-macam kategori perubahan ada...

1. Waktu tido dan bangun tido
Yang ni memang satu perubahan yang ketara. kalo time study dulu, bangun tido pukul 10 pun takpe.. setakat terlepas kelas pukul 8 tu still tak menjejaskan carry mark.. bole dapat A jugak kan(berlagak nak mampos)..tapi time internship ni pukul 6 pagi dah kena bangun. berebut bilik air dengan anak sedara yang nak pegi sekolah sebab sebelum pukul 8 nak kena tercegat kat hospital da..kalo tido pulak biasanya kul 3,4 pagi baru nak tido sebab busy buat assignment (berlakon la kau).. sekarang pukul 11 pun mata dah nak tertutup.. duduk depan tv pon bole tertido.. konon letih sangat la keje...haha..

mcm ni la aku tido...mesti nak ada teddy bear


2. Tabiat makan
Dulu time study, selalu skip breakfast..yela...kalo kelas pukul 10-12, bangun pukul 9 then nak siap-siap semua mana sempat nak breakfast kan.. so lepas kelas tu baru la nak makan..pastu mlm kul 10 baru keluar makan.. so dalam 1 hari tu 2 kali je makan.. time internship pulak pagi-pagi datang keje, punch card then terus pegi makan.. melantak apa-apa yang patut... dah kenyang, masuk keje. pastu pukul 10 kuar makan lagi.. rehat pukul 1 pun makan.. balik keje, masuk dapur dulu cari makanan..malam pun makan jugak..see? berapa kali dah makan dalam satu hari.. memang membina badan betul..


3. Tekanan
Tekanan time study dengan tekanan time keje ni lain.. time study tekanan time nak siapkan assignment, report n presentation.. nak-nak kalau wat keje last minit.. kena pulak line broadband yang slow mengalahkan siput yang tak larat nak bergerak dah.. bole sakit jiwa tu... tak kena lagi time exam..dapat jadual exam yang tak ada gap.. mula la sakit jiwa nak study..sibuk study sampai tak tido 2,3 hari.. pegi exam dengan mata beruang panda + otak berserabut.. dahsyat kan? time internship ni bagi aku kurang sikit tekanan... apa yang perlu aku buat, bangun tido, pegi keje, then balik keje.. tapi bukan pegi keje saja la.. belajar jugak apa-apa yang patut.. no assignment, no reports, no presentation and no exam! memang bahagia hidup...



4. Kewangan
Duduk di Shah Alam vs duduk di Terengganu.. kat mana cepat habis duit? korang bole jawab kan...


5. Acara melepak
Time study memang banyak masa untuk melepak n jalan-jalan.. kalo kat Shah Alam tu port aku n kawan-kawan kat Sunway Pyramid la... konon pergi window shopping.. last-last balik umah dengan 2,3 plastik bag sorang.. tak pelik... situasi normal bagi seorang perempuan.. pastu pegi tengok wayang.. setiap minggu ada je cite best... time internship ni duk umah je kan.. kalo melepak dengan kawan-kawan tu setakat lepak kedai makan je la.. pegi makan, borak-borak, minum air sampai abis pastu blah... masa nak melepak pun terhad.. mana bole nak lepak lama-lama.. kan kena tido awal sebab nak keje esok hari...


tu la sedikit sebanyak perubahan hidup aku sepanjang internship ni.. tinggal seminggu lagi aku nak abis... lepas internship ni ada perubahan lagi ke?? hmmm... wait n see la...

Tuesday, October 18, 2011

Saya dan Beruang

Uhuk uhuk... terbatuk lak...dah berhabuk blog ni.. lama sangat tak update.. last update masa aku baru start praktikal. ni aku dah nak abis praktikal dah... lebih kurang 4 bulan jugak blog ni sunyi sepi kan..

Saya dan beruang. Beruang?? aku tak dikejar beruang pun.. tak pernah tengok pun beruang secara live. tengok dalam tv n gambar tu pernah la.. maklum la...aku ni tak pernah pergi zoo.. kesian kan? macam sia-sia je zaman kanak-kanak aku sebab tak pergi zoo. biasanya time cuti sekolah mesti mak ayah bawak anak-anak pergi zoo. tak pun join rombongan sekolah.. tak dapat aku nak bayangkan macamana keadaan aku bila jumpa beruang depan mata aku. the real beruang.. adakah cute macam teddy bear? hmmmm....

melalut pulak aku ni...sebenarnya point utama yang aku nak bagitau dalam entry ni ialah aku suka teddy bear. teddy bear tu kan beruang.. serius aku sangat-sangat obses dengan teddy bear. dalam bilik aku dah ada banyak teddy bear. tambah pulak cadar aku bermotifkan teddy bear. sampai kawan aku yang masuk bilik aku ni cakap "ni bilik ke zoo?"


ntah ape-ape je kan? hehe...

Saturday, June 25, 2011

first day internship : kena marah??

hari isnin lepas aku da start praktikal...kat Hospital Sultanah Nur Zahirah.. malam sebelum lapor diri tu bukan main lagi berdebar...sampai nak tido pun tak bole...padahal dulu time diploma da praktikal tempat sama...mungkin sebab aku sorang je yang tercampak kat sini kot..huhu...

pagi tu aku bangun awal... haaa....tu satu dugaan... kena bangun awal tu...kul 7 pagi aku da gerak nak pegi hospital...awal kan? bukan apa... sebab nak hantar anak sedara aku pegi sekolah dulu..aku sampai hospital dalam kul 7.20 pagi...awal sangat tu...nak lapor diri awal-awal pun tak bole jugak kan...staf-staf tak datang lagi kot...so aku pun tunggu je lah dalam kereta sambil layan usop wilcha kena orientasi kat hot fm... kul 7.45 tu aku pun masuk la hospital...sampai je kat depan pintu jabatan patologi, sorang staf tegur...dia cakap macam pernah nampak...haaa...ingat lagi kat aku rupanya...aku cakap la nak lapor diri then dia cakap kena tunggu dulu... kul 8 baru bole lapor diri..tercegat pulak aku duk berdiri depan pintu tu... kul 8 tu ketua jabatan panggil aku then bagi briefing... pastu bawak aku round-round lab... dia cakap untuk first month ni aku kena duk lab histopathology n cytology... dia pun suruh aku lapor diri kat ketua lab pulak...

aku pun pegi masuk lab histo..cari ketua lab...ketua lab ni perempuan...tapi dia tak ada...dia pegi makan dulu..so aku pergi la membawa diri kat lab lain dulu...dalam kul 10 tu aku pun pergi la jenguk lab histo...ketua lab dah ada... so aku bagitau la aku nak lapor diri... pastu dia marah2 aku... dia cakap kenapa tak lapor diri kat dia kul 8 pagi tadi...pastu banyak lagi la dia membebel sampai aku diam ternganga je dengar...macam peluru berpandu kot... habis dia bercakap je aku pun bagitahu yang aku ni student baru lapor diri..kul 8 tadi kena lapor diri kat ketua jabatan dulu...takkan la nak redah masuk lab terus... terus dia mintak maaf...dia cakap dia silap orang...dia ingatkan aku dah lama kat sini... lepas tu kecoh la satu lab... rupanya dia memang jenis suka marah orang...haha...adoi laa.... aku cakap tak kisah pun..tapi malu jugak la kan kena marah macam tu je..bukan wat salah pun kan...sabo je la... nasib baik keje kat situ best...staf-staf pun baik...hope 5 bulan aku keje kat sini nanti best la...

Tuesday, June 14, 2011

rancangan tv yang aku selalu tengok masa sekolah

budak-budak sekarang tengok cite apa ek kat tv? aku memang tak mengikuti perkembangan kanak-kanak langsung sebab aku tak ada adik... bila cuti sekolah pun aku tak tahu... sekolah?? OMG! dah 7 tahun kau tinggalkan alam persekolahan cik unaaaa oiii.... dah tua la kau ni... 

tiba-tiba hari ni aku teringat zaman sekolah dulu.. suka sangat tengok kartun..nama pun budak-budak kan...jom tengok cite apa yang aku tengok



1) Doraemon



siapa yang tak minat Doraemon? dulu selalu berangan kalau la aku bole bela Doraemon ni, mesti best sebab bole mintak tolong dia siapkan homework aku.. pastu bole la aku pegi main dengan jiran-jiran aku petang2 dengan senang hati sebab homework dah siap... 

2) Power Rangers



mana-mana yang sama umur dengan aku jangan cakap tak minat tengok Power Rangers. memang tipu la... dulu siapa yang tak minat Power Rangers bole dikatakan ketinggalan zaman.. dulu selalu la berebut dengan kawan-kawan nak chup Power Rangers kaler ape... aku mesti nak yang kaler pink sebab yang berlakon jadi yang pink tu biasanya cun... bukan main lagi dulu percaya sangat robot tu hebat.. bila lima-lima Power Rangers tu bergabung, jadi robot yang besar tu mesti jadi kagum sangat-sangat... bila dah besar ni baru la tau cite ni sangat-sangat tak logik..

3)Along

korang ingat tak lagi si Along ni? yang kucing besar tuu...pastu ada adik dia nama Angah.. nakal sikit... pastu sorang lagi adik dia Achik... yang Achik ni bijak sikit.. pastu ada Siti Sifir n yang segmen masak-masak tu..ingat tak? aku memang suka sangat la tengok..kiranya rancangan kanak-kanak berilmiah la ni.. aku suka tengok Siti Sifir time tu.. mesti terikut-ikut je gaya dia duk menghafal sifir.. pastu mesti tergelak aku tengok Siti Sifir ni melaram..

4)Ultraman



haaa....mesti korang tengok kan? kononnya Ultraman ni makhluk terhebat la sebab bole lawan raksasa yang ntah macam-macam bentuk ada...kadang-kadang aku tengok macam cite hindustan pon ada sebab time lawan tu mesti je nak lip lap lip lap lampu merah kat dada dia tu..konon kehabisan tenaga la..pastu tiba-tiba elok balik jadi gagah..sampai mati raksasa tu dikerjakan...haha...aku rasa sekarang ni pun femes lagi kot Ultraman ni sebab anak sedara aku yang umur 7 tahun tu layan lagi cite ni...

sekarang budak-budak layan Ben 10, Spongebob, Upin Ipin, Geng Bas Sekolah....zaman da berubah...tapi aku tak tua lagi...hihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...