Followers

Sunday, February 27, 2011

ada orang mengumpat?

hari minggu macam ni bosan pulak duduk rumah je.. dah la duduk sorang2.. so, pukul 12.30 on la tv... tengok Melodi... melayan kerenah si Wahid dengan Fafau... then pukul 2 layan tengok Nona.. nak tengok majlis kahwin Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha... tengok tv sambil makan megi.... makan megi je? sebab malas nak kuar sorang2... nasib baik ada megi... bole jugak isi perut... 

tengah syok menatap Ayu Raudhah yang sangat cantik n Zaquan Adha yang hensem sambil makan megi tu tiba-tiba.... 

"erkkkkkkkkk"

"arghhhhhhhhhhhh"

aku tergigit lidah!

terjerit aku sorang2 kat rumah tu... sakit uuuuuuuuuuuuuu...... terus berhenti makan.... megi ada lagi separuh... mintak maaf ye encik megi... aku tak dapat nak habiskan encik megi sebab sakit yang teramat sangat....

orang cakap kalo kita tergigit lidah ni maknanya ada orang mengumpat kita... eh... ada orang mengumpat aku ke?? takpe2... terima kasih la sebab rajin nak sedekahkan pahala awak yang banyak tu kat saya! sedekah amalan mulia kan...hihi...

tapi betul ke kalo tergigit lidah ni maknanya ada orang mengumpat kite?

image from Yahoo

Saturday, February 26, 2011

lecturer lelaki dan pelajar perempuan

masa short sem tahun lepas, aku ada ambik subjek Histopathology... lecturer lelaki yang ajar... n yang penting sekali, lecturer ni hensem! auuuwwww! segar mata I pegi kelas dia tau.. hihihi... aku rasa bukan aku je yang segar mata... student lain pon sama... especially student perempuan...


berdasarkan pemerhatian aku, kalo time kelas lecturer lelaki ni mesti student datang awal n gedik2 dalam kelas dia... nak cakap kuat2, gelak kuat2... lecturer tanya soalan, cepat je jawab.. tak tanya pun dia jawab jugak.. tapi time kelas lecturer perempuan yang mengajar, budak2 ni datang kelas lewat. lewat 10 minit ada.. setengah jam pun ada... pastu dalam kelas buat muka boring... bila lecturer tanya soalan, sorang pun tak nak jawab... eh... tipu... adalah sorang yang nak jawab... tu pun jawab slow2... bole nampak di situ yang lecturer lelaki bole menarik minat student perempuan pergi ke kelas, belajar lebih rajin dan bagi perhatian dalam kelas... hebat betul!


mesti korang tertanya2.. setakat mana tahap kehenseman lecturer lelaki ni kan? okey... pada mata aku, kehenseman dia ada iras2 FT! yes! Faizal Tahir! haaaa... hensem kan? cara dia bercakap pun sama... tapi aku tak dengar lagi dia menyanyi macamana. mungkin jugak sama  dengan FT kan? lecturer ni memang famous kat MSU... n memang ramai student perempuan tangkap cintan dengan dia ni... biasa la tuuu... lecturer lelaki kat MSU ni ada berapa orang je... student perempuan pulak ramai... memang la ramai peminat dia kan? 

nanti kalo aku jadi lecturer, aku nak mengajar kat tempat yang ramai student lelaki dari perempuan. agak2 nanti aku ramai peminat tak?

Thursday, February 24, 2011

going Bollywood!

namaste!

haaaa...jangan terkejut.... aku jadi artis Bollywood jap... artis? oh no! sebenarnya lebih tepat jadi penari Bollywood.. alkisahnya... sempena chinese new year ni, ada satu program untuk pecahkan Malaysian Book of Record... buat tanglung buatan tangan  paling banyak... aku tak buat tanglung... budak2 foundation yang buat... dalam 600 student yang buat tanglung banyak2 tu... kami budak2 yang amik subjek music sem ni kena perform untuk hiburkan diorang la... performance kami ni dikira sebagai final presentation... markah 40% tuuu.... budak2 yang amik music ni dibahagikan kepada 7 kumpulan. setiap kumpulan diberi satu negara then kami kena perform culture dance negara tersebut.. group aku dapat India. apa lagi dalam kepala kalau tak Bollywood! dah bayangkan lagu Bole Chudiyan tu... group lain dapat Jepun, Hong Kong, Thailand, Cambodia, Indonesia n Vietnam. 

kitorang diberi masa seminggu je nak practice... dah la time tu sangat2 sibuk dengan research project n nak kena present minggu tu jugak... apa2 pun kitorang kena siapkan research project dulu... then lepas abis presentation baru la kitorang start practice... kitorang practice 2 hari je... bayangkan la... practice hari Sabtu n Ahad... then hari Isnin dah rehearsal... nasib baik rehearsal petang... so dari pagi kitorang practice tak berhenti... nak gabung2 tarian lagi... pastu lepas rehearsal tu practice lagi... hari tu kitorang datang campus pukul 9 pagi then balik kul 8.30 malam... balik umah tu mandi n makan then terus tido... 

tapi tak sia2 kitorang practice sampai sakit2 badan... dapat tepukan paling gemuruh.... bangga betul.... memang kenangan manis la dengan budak2 ni... semua sporting... kalau diberi peluang menari Bollywood lagi, kami nak!!!




Japanese






tanglung yang banyak
dapat sijil Malaysian Book of Record
ni student yang rajin buat tanglung yang cantik ni

Wednesday, February 23, 2011

pengalaman dikejar singa

korang pernah kena kejar binatang buas macam singa or harimau? tak pun anjing jiran sebelah... pernah tak? takut kan? first time aku dikejar singa.. kat mana? kat MSU... cuba korang bayangkan macamana kat MSU ada singa... memang berita ni tak digembar gemburkan kepada media sebab tu ramai yang tak tahu... ramai student MSU tak lepaskan peluang untuk ambil gambar singa ni... bukan senang nak jumpa singa... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



garang tak singa ni? ni la singa yang kejar aku kt MSU... bukan main lagi aku lari... siap terhantuk... ganas betul singa ni... 


berani kan kitorang ambik gambar dengan singa ni... tapi muka singa ni tetap garang... tak senyum macam kitorang pun...


sebenarnya MSU adakan sambutan Tahun Baru Cina... sebab tu ada tarian singa kat U-square ni... bunyi gendang dia bole dengar sampai tingkat paling atas kot... bergegar jantung...




okey...kat bawah ni gambar2 kat tangga selepas dikejar singa



Monday, February 21, 2011

korang selalu merajuk?

korang pernah merajuk dengan kekasih hati korang? mesti la pernah kan... x best la kalo takde sesi merajuk2 ni dalam bercinta... yang lelaki pun tak terkecuali... tapi lelaki merajuk cara lain sikit dari perempuan... merajuk ala2 macho la kan.. tapi kalo merajuk tu tak bole la nak over sangat.. nanti pasangan korang naik menyampah pulak kan... yela... tiap2 2 jam nak merajuk... penat la pasangan korang nak memujuk... kalo tak pujuk, cakap tak sayang pulak.. ye tak? 

korang biasa merajuk berapa lama? seminit? sejam? sehari? seminggu? isk... tak payah lah merajuk lama2... korang tak rindu ke kat pasangan korang? yela... bila dah merajuk mesti tak nak mesej or tak nak call... mesti rindu kan? jadi buang la ego korang tu... kalo pasangan korang dah pujuk tu, tak payah lah mengada2 jual mahal... nanti kalo dia cari yang lain, korang jugak sedih.. kan kan?

aku ni jenis senang dipujuk... kalo aku marah gila2, aku pot pet pot pet la kat 'si dia'... pastu esok 'si dia' cakap dengan aku macam hari ni aku tak pernah marah dia...bagi 'si dia', yang lepas tu lepas... dia tahu aku ni macamana... sebab tu aku sayang 'si dia' ni (emosi mengada2 sikit hari ni)

Sunday, February 20, 2011

pecah rekod tanpa pecah sendi

pernah dengar iklan ni kan? first time dengar iklan ni tergelak jugak... yela... mula2 memang aku tak faham apa kaitan buang lemak dengan pecah sendi.. lama2 faham la.. okey... aku bukan nak cite pasal buang lemak... ni aku nak cite pasal rekod yang baru aku pecahkan semalam...

semalam housemate aku, Husna (memang nama dia sama dengan nama aku) tiba2 ajak aku n Jibah ikut dia jalan2 dengan kawan dia, Aimi pegi Subang.. aku yang tengah keboringan ni apa lagi... semangat je nak join... first kitorang pegi Summit.. on the way nak pegi tu aku dah tau da mesti duit terbang kat Summit tu nanti.. oleh itu aku pasang azam nak jalan sambil tutup mata. tapi apakan daya... kalo aku tutup mata, confirm semua dinding2 aku cium... terpaksa la aku berjalan sambil buka mata... dan sememangnya aku tak tahan godaan shopping! habis jugak duit aku kat Summit semalam...  

eh...tadi cakap nak cite pasal pecah rekod... hehe... tersasar dari landasan...

okey... lepas shopping tu, kitorang pegi makan... aku tak tahu pulak nama kedai tu ape tapi kat Subang la... hehe... kitorang sampai kedai tu pukul 10.55 mlm... then order, tunggu makanan, makan n bayar... lepas tu jalan pegi kat kete... tengok jam... pukul 11.15 mlm! 20 minit je aku order, tunggu makanan, makan n bayar tadi.. sangat2 cepat kan?? aku memang tak percaya aku bole makan secepat tu... bagi yang tak kenal aku lagi, aku memang seorang manusia yang selalu makan perlahan mengalahkan siput.. sape2 yang makan dengan aku mesti bosan tunggu aku habis makan.. paling laju aku makan setengah jam... tu pun aku guna speed kereta Ferrari... kalo ikut speed kereta Kelisa aku tu mungkin la dalam 50 minit... ok la tu... tak sampai sejam pun lagi kan? bertuah aku dapat kawan2 yang suka tunggu aku makan lama2... hihi... okey la tu kan? orang cakap lepas makan tak elok jalan2.. duduk dulu sekejap baru bole jalan2... tapi kan aku memang susah la nak makan laju2... tak tahu kenapa... korang ada cara tak nak bagi aku makan laju?

pic from Yahoo
 

Saturday, February 19, 2011

hari yang meletihkan - part II

dalam part I da cite pasal pegi talk music tu...then kul 12 kitorang ada presentation research project.. orang lain yang ada presentation ramai je tak pegi talk td tu... nak bersiap sedia untuk presentation la katakan... bagus diorang ni... aku bertiga ni da ready da la kononnya.. hihi... kitorang punye turn present pukul 12 - 1... kul 11 kitorang dah keluar dari talk tu... yang ada presentation hari ni dapat pengecualian n bole keluar awal.. pastu turun la kat tempat presentation tu... tengok orang lain tengah present... sampai kat sini baru la rasa jantung ni berdegup laju... baru rasa berdebar... sakit perut tu tak payah cakap la... meragam2 perut ni macam baru lepas makan bihun goreng basah kedai bawah umah.. berdebar! evaluator kitorang nama Encik Noor. kebetulan kami tiga orang dapat evaluator yang sama.  memang tak kenal siapa Encik Noor ni. tanya budak2 lain diorang cakap Encik Noor ni pakai kopiah..macam2 spekulasi yang dibuat oleh budak2 ni... 

"Encik Noor? okey la dia... best2" jawab Q (bukan nama sebenar)

"Encik Noor? hohohohoho... jaga2 la...dia mesti banyak tanya " jawab H (bukan nama sebenar)

"Encik Noor? dia pandai bahagian statistik... mesti banyak tanya result. " jawab N (bukan nama sebenar)

bole percaya ke budak2 ni? susah2 sangat, aku pegi tanya supervisor...bila bagitahu supervisor yang Encik Noor yang nak evaluate poster kami, dia jawab

"alamak!"


tu perkataan pertama yang keluar dari mulut dia. huihhh...takut betul dengar


"tapi dia okey je"


haaaa...ni memang ayat nak sedapkan hati... pandai supervisor kami ni amik hati kami...




dekat2 pukul 12 tu aku pegi register then pegi lekatkan poster dekat board sambil tunggu kelibat lecturer lelaki berkopiah putih (seperti yang digambarkan oleh budak2 lain).. tepat pukul 12, Encik Noor datang. okey. perut memulas2...tangan ketar2.. aku present first...poster no 67... aku pun present la macam apa yang aku practice semalam... lepas siap present Encik Noor tenung poster aku dulu... then dia start tanya soalan dalam BM.. oh...senangnya hatiku bila dia tanya in BM... so tak payah jawab in English..aku pun reka cipta jawapan2 sesedap rasa.. memang cukup rasa la... alhamdulillah... semua soalan boleh jawab... memang banyak pun soalan yang dia tanya.. tapi tak ada kena hentam teruk2... lega sangat2... lepas tu tunggu turn Lizat n Jibah present pulak...  


suasana tempat presentation

Mr Kim sedang evaluate seorang student

aku n Lizat tengah tunggu turn nak present


p/s : nak tahu jugak macamana perasaan student yang kena present depan Dr. Pallavi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...