Followers

Wednesday, March 23, 2011

aku di oversea

tengah syok-syok aku blogwalking, tiba-tiba dapat satu chat message kat facebook... aku tak kenal mana pun orang ni...

              "amboiii dia gi becutii.. wah wah wah"
 
hmmm... mana la budak ni tau aku tengah cuti sem sekarang ni... sebab aku memang malas nak melayan, aku biar je

              "amboiii gi oversea ye senahhh"

oversea??? bila masa pulak aku melancong ni? dia panggil aku senah pulak tu... tak ada nama lain ke? tak bole jadi ni...
              "gi oversea mane pulok?" aku tanya dia.
 
              "tgk mesej tuwww"
 
ooo.... ada mesej kat inbox rupanya... tak perasan pulak... aku pun check la inbox... apa ada kat inbox? dia hantar gambar aku... gambar yang dia edit... gambar yang aku pernah buat profile picture facebook aku...
 
 
ini gambar asal

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




ini gambar yang dia edit

ada rupa kat oversea ke? aku tengok macam tak ada pun... nak kena tambah salji pastu aku kena pakai trench coat... baru nampak macam kat oversea.. ye tak? hihi... anyway thanks Encik Z..

Monday, March 21, 2011

makan elok-elok. jangan sampai jadi macam ni

kenapa aku cakap macam ni? sebab tengahari tadi aku tengok Wanita Hari Ini... topik hari ni berkaitan dengan penyakit bullemia dan anorexia.. artis yang dijemput, Amyza Aznan... memang dia ni kurus kering kan... dia cakap time dia rasa badan dia agak gemuk tu dia control makan.. tapi kan aku rasa dia ni mana pernah gemuk.. kurus macam tu je aku tengok...dia cakap kalau nak makan KFC tu dia kunyah-kunyah ayam tu tapi dia telan air ayam tu je... ayam tu dia keluarkan balik.. haih... membazir laaa... nikmat ke makan macam tu? macam tak kenyang je kan... macam-macam la orang sekarang ni.. nak cantik sangat sampai dapat penyakit-penyakit pelik macam ni... ingat cantik sangat ke kalau badan tu tinggal tulang dengan kulit je... pastu tulang rusuk terjojol... errrr....

cantik ke?
 
pakai dah seksi tapi aku tak nampak pun keseksian dia



tengok tu...merokok pulak... kalo orang tanya aku ni apa, aku jawab ni tengkorak hidup


Sunday, March 20, 2011

pemilik matahari adalah seorang wanita

tengah online tadi tiba-tiba ternampak satu artikel yang mengatakan seorang wanita dari Sepanyol menamakan dirinya sebagai pemilik matahari.. ya! matahari! pelik bukan? bolehkah matahari dimiliki? memang ada kesepakatan antarabangsa yang mengatakan bahawa matahari tidak boleh dimiliki oleh mana-mana  negara tetapi tidak menyatakan tentang perseorangan. masalah sekarang ni daripada siapa dia dapat hak milik tu? siapa yang membenarkan? lepas tu boleh pulak dia ni nak kenakan bayaran kepada sesiapa yang menggunakan matahari dan separuh dari bayaran tu akan diberikan kepada pemerintah Sepanyol.. pelik-pelik sungguh manusia zaman sekarang...

ini la wanita pemilik matahari

p/s : agak-agak lepas mesti ada orang nak jadi pemilik bulan dan bintang pulak...

Saturday, March 19, 2011

beza duduk di rumah sewa dan rumah sendiri

bestnye balik kampung... exam habis petang 14 hb terus je balik kampung... tak nak tunggu-tunggu dah... setiap detik berada di kampung tu sangat bermakna.. ceeewaahhh... mana tak bermaknanya... sangat berbeza rasanya duduk rumah sewa dengan rumah sendiri...  rumah sendiri dalam konteks seorang student macam aku ni bermaksud rumah family okey. aku tak mempunyai harta yang cukup lagi untuk memiliki rumah sendiri..

1. makan
kalo kat rumah sendiri, aku boleh makan makan sedap-sedap yang mak aku masak... opsss... kantoi malas masak...hehe... bukan malas tapi mak aku ni kalo anak dia balik je mesti dia nak masak yang best-best je...macam mana la badan aku ni tak mengembang bila balik rumah. kalo kat rumah sewa pulak aku makan masakan kedai je la... dapur tak ada.. time dapur ada dulu rajin jugak la masak... bila dah tak ada sekarang ni, makan kat kedai je..... duit pun cepat je mengalir...mengalir tanpa ada sekatan...

2. line tenet
haaa...part ni paling best kalo kat rumah sendiri...kat rumah sendiri ada streamyx... kat rumah sewa guna broadband je... so bila ada kat rumah family, sangat rajin la aku blogwalking dan tengok cite korea... kalo dengan broadband, aku bole tengok cite korea satu episod satu hari tapi dengan streamyx aku bole tengok 5,6 episod sehari kalo tak ada kerja... laju je loading.. jadi korang terminate je la broadband korang tu... baik guna streamyx... 

3. masak
kalo kat rumah sendiri bole la meluangkan banyak masa belajar masak-masak dengan mak aku... yela..umur dah meningkat... kena la pandai masak-masak gulai, kerutuk, nasi minyak, nasi tomato, nasi bukhari dan sebagainya... tak kan laki aku nak makan nasi goreng or ikan singgang je kan? kalo kat rumah sewa mana la ada masa nak belajar masak... dapur pun tak ada... 


4. bilik
kalo bab bilik ni mesti la bilik kat rumah sendiri lagi best kan... lagi luas dan lagi selesa.. satu hari duduk terperap dalam bilik pun takpe... 


5. tv
kat rumah sewa aku ada tv.. ada astro jugak tapi tak semua channel la ada... tak kan nak ambik semua pakej kan.. nanti botak la kepala nak bayar bil astro ratusan ringgit tu.. dah la lewat bayar seminggu pun dah potong.. tak bertimbang rasa betul kat kitorang yang kurang duit ni.. kalo kat rumah sendiri, semua pakej ayah aku ambik kecuali yang celestial tu... eh betul ke nama tu? yang ada banyak cite cina tu.. betul la kan... jadi bila aku balik rumah sendiri, bole la aku menikmati keindahan menonton rancangan-rancangan yang best-best tu..




banyak lagi sebenarnya aku nak bagitahu tapi cukup la 5 je.. kalo rajin, aku tambah lagi..ni dah tengahari...nak turun pegi lunch pulak...bubye! =)

Monday, March 14, 2011

aku sihat

semalam kuar makan... biasa la.. dapur rumah sewa aku memang tak berasap.. eh...ada dapur ke? rumah aku tak ada dapur la... lupaaaa.... aku pegi makan kat satu restoran kat Shah Alam ni...  sampai-sampai tengok penuh manusia dalam kedai tu... sampai orang aku kena tunggu meja kosong... bila ada meja kosong tu cepat-cepat berebut dengan orang lain... yang kalah mesti buat muka kecewa sebab kena tunggu orang lain pulak habis makan sambil berdoa dalam hati biar semua yang tengah makan tu cepat-cepat balik... best pulak main berebut meja ni... nanti time birthday party adik-adik or anak-anak korang nanti buat la game berebut meja pulak.. dah bosan main berebut kerusi je kan?

okey...lepas berjaya je berebut meja, aku pun duduk la tunggu waiter datang ambik order...lama jugak la tunggu tu... semua sibuk... maklum la...kedai penuh manusia... nasib baik ada jugak waiter yang prihatin datang ambik order aku... 

bla bla bla bla bla (panjang snagat cerita)

then tengah makan tu datang la kawan yang aku dah lama tak jumpa.. jumpa yang tak dirancang... dia duduk depan aku lepas tu ayat first yang keluar dari mulut dia...

       "Una, apsal nampak makin sihat"

Gulp! tertelan nasi bercampur tomyam + kailan ikan masin + telur dadar.. aku pegang pipi aku...

        "mesti la... senang hati"

sihat ni ada dua maksud dari segi pemahaman aku... sihat = sihat tubuh badan ataupun   sihat = gemuk... aku nak sihat yang pertama tu tapi aku tau memang kawan aku tu maksudkan yang kedua... uwaaaaaaaa..... tapi memang muka aku makin membulat... aku tak tau kenapa... mungkinkan sebab umur dah makin meningkat dan kadar metabolisma aku dah menurun? oh tidak! aku tak boleh terima lagi hakikat tu...

Sunday, March 13, 2011

kadang-kadang tak adil jugak jadual exam ni



minggu ni minggu exam...biasa la...student macam aku ni kena la menghadapi benda alah yang menyakitkan otak lagi menyeksa jiwa raga ni... sakit jiwa pun bole tau...pernah sekali tu... tengah study pukul 3,4 pagi... kan sunyi time tu...tiba-tiba terdengar la bunyi sebuah motor lalu... rumah sewa aku ni kan betul-betul tepi jalan... kuat la dengar bunyi motor tu.. bila dengar tu bole pulak aku gelak... tapi bukan gelak mengilai la.. nanti kang tak pasal-pasal mimpi housemate aku yang indah tu bertukar jadi mimpi ngeri lagi mengerunkan.. dengar bunyi motor je bole gelak? macam sakit jiwa kan? hmmm... mungkin stress sangat kot sebab subjek aku memang 95% kena menghafal . mungkin bila banyak sangat benda yang masuk dalam kepala ni mengakibatkan gangguan pada sistem keketawaan... 

merapu pulak... back to the topic... exam dan jadual exam memang tak boleh dipisahkan... amacam? hebat tak pepatah baru aku ni? hebat kan... semester ni aku hanya ambik satu je subject berkaitan dengan sains... yang lain tu English dengan Music... jadi rilek la sikit kan... Music pun takde paper untuk final... so, exam ni aku ada 3 paper je.. yang English tu tak payah study la kan? (bajet hebat) study betul-betul untuk MD2 je... jadual exam aku sem ni saaaaaangaaaaaaatttttttt best... 

7 Mac - English for Occupational Purposes
11 Mac - Medical Diagnostic II
14 Mac - English for Academic Enrichment

best kan? sangat panjang gap... subjek English tak perlu study sangat kan... jadi lepas exam MD2 tu terus aku rilek2 goyang kaki je...bosan uuuuuu... nak study ape pun tak tahu... masa sem-sem lepas, aku memang tak suka dengan jadual exam aku... semua subjek yang aku amik tu berat-berat... semua nak kena hafal dari A to Z.. lepas tu exam tak ada gap langsung! gila kan? sem lepas aku hampir jadi bengong sebab tidur memang tak cukup... sampai last paper yang aku jawab tu aku redha je lah kalau tak dapat result elok pun... kena pulak paper last tu Neuropharmacology...paper tu la yang paling banyak benda kena ingat...

tak suka betul...time subjek rilek-rilek ni panjang pulak gap die... tak adil! kadang-kadang jadual exam ni pun bole mempengaruhi result student... yela... kalo takde gap langsung, nak study pun tak sempat kan? 

esok aku exam... hari ni aku duduk saje je kat rumah... tak tau nak study apa... biasanya kuar jugak pegi makan tapi hari ni tak kuar sebab Jibah demam... ingat nak kuar je tadi tapi tak sampai hati pulak nak tinggal dia sorang-sorang kat rumah... Husna pegi rumah kawan dia, Kak Aliffa pulak pegi kenduri kawin kawan dia kat Johor... so, macam kejam la kan kalo aku tinggal Jibah sorang-sorang...

sekarang menunggu je masa untuk exam tanpa study apa-apa... esok exam pukul 2.30 ptg..cepat la habis exam esok.... aku dah tak sabar nak balik kampung ni... sebulan lebih dah tak balik... nanti nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa dengan Encik A....

Friday, March 11, 2011

i'm crying =,,(

jam sekarang menunjukkan pukul 2.45 pagi... esok ada exam MD2.. eh...bukan esok...pukul 9 nanti... tinggal berapa jam je lagi... dan aku baru lepas menangis... =,,(  hukhuk... dah la sunyi time ni... housemate aku semua dah lena dibuai mimpi... mungkin mimpi-mimpi indah kot sebab tak dengar pulak diorang menjerit ke..meracau ke... 

tapi aku....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tengah sedih 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebab
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Secret Garden












Ya! Drama Korea ni berjaya buat aku menangis lepas Autumn in My Heart... mungkin sebab time macam ni sunyi n aku pun tengok dengan penuh perasaan... baru tengok sampai episod 17.. siapa yang dah tengok? sedih kan episod ni... heroin accident n koma..hero tu sayang sangat kat heroin tu sampai sanggup nak tukar badan dengan heroin tu.. siapa yang tengok cerita ni, dia faham la... bagi siapa yang tak tengok lagi, jom tengok! best! 


ehh...dah pukul 3 lebih... aku kena tido ni... esok..eh.. kejap lagi aku nak exam... wish me luck k!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...