Followers

Wednesday, March 30, 2011

spot the error

time aku keluar rumah, aku ternampak iklan ni.. 

  


cuba korang cari apa yang silap. exercise mata sikit okey...  =)

Sunday, March 27, 2011

cara nak hilangkan mengantuk time driving

akhirnya... kembali juga aku kat bumi Shah Alam ni selepas dua minggu bersuka ria duk bercuti kat kampung... tadi abah temankan aku balik sini... dating berdua je dengan abah... heee.... so aku la yang drive dari Terengganu sampai Shah Alam ni... pagi tadi lepas makan nasi dagang satu family, terus kitorang bertolak...

nak dijadikan cerita, semalam aku tido pukul 3.30 pagi... padahal abah dah warning suruh tido awal-awal.. memang aku dah set kepala nak tido awal tapi mata ni degil.. dia tak nak tido.. aku dah berdebar dah takut mengantuk gila nanti... pernah sekali aku on the way balik ke Terengganu. masa tu aku balik dengan Jibah n Marissa.. sekali kereta yang aku bawak tu bergerak senget ke tepi... tapi nasib baik terus tersedar masa tu... kalo tak, tak tahu la aku kat mana sekarang ni...

amik kau... terus tido


tadi tengah drive sampai kat Merchang pun aku dah mengantuk... ah sudah.... macamana ni... ayah aku tak bole bawak kereta manual... kalo tak, bole tukar driver jap.. mula-mula tu okey lagi... tapi lama-lama rasa macam tak bole tahan la... last-last aku pun capai handbeg aku... teraba-raba cari barang dalam tu... dan.... taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



buat apa dengan vicks ni??

haaa...aku colek vicks ni pastu sapu kat mata... haaa.... segar bugar mata aku tau... hilang mengantuk... serius berkesan... tapi jangan la sapu kat biji mata tu... mau juling mata nanti... just sapu kat hujung mata... then korang akan rasa berangin + pedih-pedih sikit... so automatik tak mengantuk... kalo tak ada vicks, bole jugak guna minyak angin.. lagi berangin kot... dan satu lagi, jangan sapu dekat sangat dengan mata. takut nanti jadi lain pulak.. kot-kot la korang ni ada mata sensitif. berangin sikit, terus air mata mencurah-curah.. kalo mata korang sensitif macam ni, jangan gatal-gatal nak cuba okey...

Thursday, March 24, 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin

bila aku bukak blog, tengok kat cbox dulu... nak blogwalking.... pastu dapat la jemputan dari xcyber untuk join first contest dia..



SYARAT-SYARAT

1) Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA shj sbb mudah nak bg hadiah
2) Mesti follower blog nih sbb mudah nak tngok kalau de pepe diupdate nanti
3) Buat 1 post "1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"
4) Letak banner picture kat atas kat dlm blog korunk.. x kisah la sidebar ke kat mana ke dan link banner tu ke contest ni
5) Gambar tu mesti la ORIGINAL yg korunk punya k.. x leh main ciplak2 org lain punya..ramai2 ke atau sorang2 ke yg penting anda mesti ada dlm gambar tuh, pic korunk boleh dalam bentuk statik atau lain2..tp terhad hanya 1 gambar SAHAJA
6) Tag 4 org rakan anda
7) Tarikh tutup 11.59PM pada 23 April 2011
8) Pemenang akan dipilih melalui gambar gaya pose paling sempoi/menarik di depan cermin


aku memang tak banyak pic posing depan cermin.. tapi selepas meneroka folder-folder pic dalam laptop aku ni, jumpa la satu pic ni...



hehe
okey...sekarang masa untuk tag 4 orang
mereka yang bertuah ialah
2. kiko


berlagak kaya?

Situasi 1

A : bagi la no pin blackberry u
B : I tak ada blackberry la
A : eh, kalo tak ada kenapa join group blackberry ni?
B : ada sebenarnya tapi I bagi kat ex bf I
A : oo...

* realiti : sebenarnya B tak ada blackberry pun 

Situasi 2


korang ada sorang kawan.. tengok pemakaian dia memang kaya la.. kawan korang ni cakap dia ni memang orang senang.. tengok gambar kat facebook posing depan sebuah rumah besar.. wah, memang dia ni kaya lah.. then satu hari tu korang pergi lah rumah dia... sekali rumah tu tak sama dengan rumah yang korang tengok dalam gambar kat facebook tu.. rupanya rumah dia duk posing sakan dalam facebook tu rumah orang lain..


Situasi 3


A : u ada berapa buah kereta kat rumah u?
B : ada 4
A : wow. kaya u ni.. u kalau nak cari pasangan kena cari anak orang kaya la..
B : (sengih kekembangan)


* realiti : 4 biji kereta tu adalah kereta mak + kereta abang + kereta rosak + kereta sorong


apa perasaan korang kalo berhadapan dengan orang macam ni? 

Wednesday, March 23, 2011

aku di oversea

tengah syok-syok aku blogwalking, tiba-tiba dapat satu chat message kat facebook... aku tak kenal mana pun orang ni...

              "amboiii dia gi becutii.. wah wah wah"
 
hmmm... mana la budak ni tau aku tengah cuti sem sekarang ni... sebab aku memang malas nak melayan, aku biar je

              "amboiii gi oversea ye senahhh"

oversea??? bila masa pulak aku melancong ni? dia panggil aku senah pulak tu... tak ada nama lain ke? tak bole jadi ni...
              "gi oversea mane pulok?" aku tanya dia.
 
              "tgk mesej tuwww"
 
ooo.... ada mesej kat inbox rupanya... tak perasan pulak... aku pun check la inbox... apa ada kat inbox? dia hantar gambar aku... gambar yang dia edit... gambar yang aku pernah buat profile picture facebook aku...
 
 
ini gambar asal

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




ini gambar yang dia edit

ada rupa kat oversea ke? aku tengok macam tak ada pun... nak kena tambah salji pastu aku kena pakai trench coat... baru nampak macam kat oversea.. ye tak? hihi... anyway thanks Encik Z..

Monday, March 21, 2011

makan elok-elok. jangan sampai jadi macam ni

kenapa aku cakap macam ni? sebab tengahari tadi aku tengok Wanita Hari Ini... topik hari ni berkaitan dengan penyakit bullemia dan anorexia.. artis yang dijemput, Amyza Aznan... memang dia ni kurus kering kan... dia cakap time dia rasa badan dia agak gemuk tu dia control makan.. tapi kan aku rasa dia ni mana pernah gemuk.. kurus macam tu je aku tengok...dia cakap kalau nak makan KFC tu dia kunyah-kunyah ayam tu tapi dia telan air ayam tu je... ayam tu dia keluarkan balik.. haih... membazir laaa... nikmat ke makan macam tu? macam tak kenyang je kan... macam-macam la orang sekarang ni.. nak cantik sangat sampai dapat penyakit-penyakit pelik macam ni... ingat cantik sangat ke kalau badan tu tinggal tulang dengan kulit je... pastu tulang rusuk terjojol... errrr....

cantik ke?
 
pakai dah seksi tapi aku tak nampak pun keseksian dia



tengok tu...merokok pulak... kalo orang tanya aku ni apa, aku jawab ni tengkorak hidup


Sunday, March 20, 2011

pemilik matahari adalah seorang wanita

tengah online tadi tiba-tiba ternampak satu artikel yang mengatakan seorang wanita dari Sepanyol menamakan dirinya sebagai pemilik matahari.. ya! matahari! pelik bukan? bolehkah matahari dimiliki? memang ada kesepakatan antarabangsa yang mengatakan bahawa matahari tidak boleh dimiliki oleh mana-mana  negara tetapi tidak menyatakan tentang perseorangan. masalah sekarang ni daripada siapa dia dapat hak milik tu? siapa yang membenarkan? lepas tu boleh pulak dia ni nak kenakan bayaran kepada sesiapa yang menggunakan matahari dan separuh dari bayaran tu akan diberikan kepada pemerintah Sepanyol.. pelik-pelik sungguh manusia zaman sekarang...

ini la wanita pemilik matahari

p/s : agak-agak lepas mesti ada orang nak jadi pemilik bulan dan bintang pulak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...