Followers

Friday, December 2, 2016

Cantik dengan Collagen Powder Shaklee

Ramai yang ingin dapatkan kulit cantik dengan mengambil kolagen. Sebenarnya kann collagen ni mempunyai pelbagai kebaikan, bukan sahaja untuk kulit cantik semata-mata. Collagen juga sangat bagus untuk mata, rambut dan tulang. 
Meh Husna nak share sikit apa kebaikan Collagen Powder Shaklee

Kebaikan Kolagen

Terdapat beberapa kebaikan kolagen, antaranya
  • Kulit: Nampak lebih tegang, putih, melicinkan kulit dan pori yang lebih halus.
  • Rambut yang lebih sihat: Memberikan rambut lebih lebat, sihat, lembap dan bermaya
  • Tulang yang lebih kuat: Selain tulang memerlukan kalsium, tulang juga perlukan kolagen. Ini untuk memberikan manfaat kepada sendi dimana tulang turut memerlukan kolagen supaya lebih kuat dan tidak mudah koyak.
Disebabkan fungsi diatas, kolagen yang anda ambil harus turut mengandungi manfaat kalsium.


Penyimpanan Kolagen di dalam badan

Penyimpanan kolagen dan penghasilan kulit adalah penting untuk kelihatan muda dan melambatkan proses penuaan. Semakin berusia, kedutan pada kulit kita akan semakin bertambah. Contohnya pada gambarajah di bawah:
  • Pada umur 20an, kolagen dalam badan adalah lebih banyak. Kolagen memegang struktur kulit agar lebih tegang.
  • Pada umur 30an akan mula kekurangan kolagen. Pada ketika ini menyebabkan tisu akan mula longgar dan mula nampak fine line.
  • Pada umur 40an, kulit akan nampak berusia dan akan ada pigmentation.
  • Pada umur 50an kolagen akan sangat sedikit dan penuaan akan sangat ketara. Pada umur begini, pengambilan kolagen masih boleh diambil untuk mengelakkan penurunan kolagen yang sangat drastik.

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder

1. Penyerapan Hebat

Molekul yang kecil dan mempunyai penyerapan yang lebih tinggi (1000 dalton yang paling optimum untuk penyerapan dalam badan).
Penyerapan Shaklee Collagen Powder sebanyak 1000dalton memudah dan memaksimakan kadar penyerapan

2. Sumber Premium Sisik Ikan Merah

Shaklee memilih sisik ikan merah sebagai sumber utama Shaklee Collagen Powder. Kenapa pilih sisik ikan merah? Ada sebabnya, antaranya:
  • Shaklee menggunakan sisik ikan merah yang mana boleh berenang hingga 5000m ke dalam air
  • Sisik yang premium
  • Tahan tekanan
  • Sangat bersih
  • Tinggi kolagen

3. Bukan Sekadar kolagen

SCP ditambah dengan 8 bahan aktif lain seperti:
  • Camelia Japonica Sees Extract yang memberikan kesan kulit lebih lembap
  • Pfaffia extract
  • Fish Collagen
  • Shellfish Extract
  • Lactobacilus acidophilus
  • Vitamin C
  • Vitamin B2 dan B12

4. Terbukti berkesan

Hampir 71% menyatakan kulit mereka lebih baik selepas pengambilan Shaklee Collagen Powder. Terdapat ujian klinikal pihak ketiga yang menyokong fakta ini.


okay ni sedikit sebanyak yang Husna boleh share pasal Collagen Powder Shaklee yang hebat ni. Sape-sape yang nak kulit cantik, rambut sihat, tulang kuat, mehhhh cepat PM/Whatsapp/Telegram Husna - 019-9322636
Your Shaklee Independent Distributor,
Husna
019-9322636

Thursday, December 1, 2016

Cara Redakan / Hilangkan Bengkak Gusi

Hi all!

Lama sangat tak menulis. Ada yang rindu Husna tak? (Sila muntah)

Okay hari ni just nak sharing kat korang semua cara nak redakan bengkak gusi.

Dua hari lepas, bila bangun tido rasa semacam jeee dalam mulut ni. Tak selesa. Duk pikir ape yang tak kena pulak ni? Tengok cermin, duk nganga mulut nak cari apa yang tak kena. Sekali amik kauuuu... 

GUSI BENGKAK! 

Gusi yang paling belakang sekali tu.. kalau nak mengunyah memang seksa.. Pasrah je lah kalau nak makan apa-apa. Kalau tak makan karang laparrrr... Gigih bebenor iolss mengunyah makanan. Sambil makan, sambil bercakap dengan orang sebelah. Kononnya bila bercakap-cakap nanti lupa yang gusi tu sakit. Tapi ternyata jangkaanku meleset sama sekali.

Sekali ngap, memang terasa mencucuk-cucuk je gusi. 

Jadi, iolss pun tanpa membuang masa, telan 2 biji Vita C Shaklee. Biasanya lepas makan, telah sebiji je,, Tapi disebabkan tak tahan sakit, iolss pun dose up ke 2 biji.. Dan nak tahu hasilnya?

Petang tu dah surut bengkaknya! Yayyy!



Untuk pengetahuan semua, Vita C Shaklee ni bukan sahaja boleh redakan bengkak gusi. Banyak lagi kelebihan Vita C Shaklee ni. Antaranya :

  • Mencantikkan kulit - kulit jadi lebih lebih lembut, flawless, jerawat cepat kecut
  • Meningkatkan Sistem Imun - Vitamin C memelihara sel darah merah untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.
  • Memperbaiki insomnia - Memperbaiki insomnia dan stress
  • Mengawal paras kolestrol - Vitamin C mampu menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi.
Banyak sangat kelebihan Vita C Shaklee ni. Uolss tak nak rasai kelebihan Vita C Shaklee?

Kalau nak, jom Pm/ Whatsapp/ Telegram ke 019-9322636 (Husna)



Your Shaklee Independent Distributor
Husna
019-9322636


Tuesday, June 23, 2015

Tips Memilih Warna Tudung

Hai guyss!!

Lama gila tak update blog ni... macam bz bebenor je kan..
Sebenarnya takde la bz sangat pon.. just mood untuk menulis atau menaip ni kurang sikit semenjak beralih ke alam pekerjaan.. dulu time menganggur banyak la cerita yang berlegar-legar dalam kepala ni.. banyak idea.. ke sebab faktor umur menyebabkan idea-idea bernas untuk menulis semakin berkurang? oh tidakk! walaupun umur meningkat, aku tetap muda remaja.. ngeh ngeh ngeh... (tolong jangan muntah)..

Okay..beralih ke point yang berkaitan dengan tajuk post ni..Tips Memilih Warna Tudung.. haaa.. ni lah perempuan..semua benda nak kena tips.. perempuan kan nak cantik..



Bawal Crepe by Rania Closet


Tengok...tengok... bulatttt je mata korang tengok tudung yang very the colourful kan.. ni baru 12 jenis colour... banyak lagi colour pelik-pelik yang korang tak pernah jumpa.. kita perempuan ni satu design tudung paling kurang nak 5 jenis colour..betol x? dan korang beli sebab tengok colour tu cantik..korang terfikir tak colour yang sesuai dengan muka or kulit korang? kadang-kadang lepas beli, bila dah balik rumah test baru rasa tak sesuai.. mula lah tudung tu letak dalam almari..tak pakai terus...membazir tuuu...

Okay ni tips memilih warna tudung mengikut warna kulit

1) Kulit Gelap
    Warna yang sesuai : Warna lavender, pastel dan warna neutral seperti putih.
    Warna perlu dielak : Hitam, coklat, warna gelap seperti hijau terang, merah bata atau kuning.

2) Sawo Matang
    Warna yang sesuai : Cream, navy blue, hitam, purple
    Warna perlu dielak : Merah, kuning, hijau gelap atau coklat gelap.

3) Putih Kekuningan
    Warna yang sesuai : Warna lembut seperti merah jambu dan biru
    Warna perlu dielak : Cream, putih, oren

4) Kulit Putih
    Bagi yang berkulit putih, korang memang bertuntung...semua warna sesuai untuk korang..


Walaubagaimana pun, tini hanya tips sahaja...boleh buat panduan untuk shopping tudung nanti.. tapi kalau korang nak bedal warna apa-apa pun tak kisah..sekarang memang orang pakai warna macam-macam..dan make sure sesuai dengan pakaian korang... 

Korang berkenan tak tengok gambar Bawal Crepe by Rania Closet yang very the colourful kat atas tadi tu? cantik kannn... kalau nak shopping tudung, boleh visit Facebook Page Rania Closet.. harga tudung murah-murah dan sangat colourful...dah dekat nak raya ni boleh la borong tudung dengan Rania Closet banyak-banyak sebab saya pun shopping dengan Rania Closet.. layanan yang sangat baik.. ataupun boleh Whatsapp 011-25600479.. dijamin reply segera.. Selamat Shopping guys! 

Friday, January 20, 2012

Break up? How To Survive?



Putus cinta menyakitkan hati kan? Tak ada siapa pun nak benda ni jadi.. dan nak lupakan ex tu memang sangat-sangat susah..kena kuat semangat..

Apa yang korang perlu buat bila dah break up?

1) Menangis

Tipu la korang tak menangis bila dah break kan? Nangis la puas-puas..cry out loud! Tak payah nak cover-cover tunjuk tabah.. Nak meraung pun takpe.. Bila dah banyak nangis, confirm korang mengantuk kan? Then korang tido.. at least time tido tu korang da bole stop remind your ex kan? Tapi.....jangan la korang menangis sampai banjir kawasan perumahan korang tu.. nanti tak pasal-pasal masuk tv..tajuk berita ‘Kejadian Aneh : Tak Hujan Tapi Banjir’...

2) Don’t try to contact your ex

Don’t! Don’t! Don’t! Tak payah la bersusah payah nak cari balik orang yang dah buang korang tu. Bila korang call then dia tak angkat, korang jadi lagi sedih n sakit hati. Lepas tu menangis lagi sampai banjir kilat.. Masa korang call tu, dia tengah seronok dengan perempuan lain.. Mana la nak angkat call. And make sure delete je nombor ex korang tu.. Buat apa nak simpan. Nanti tengok hp je ingat dia.. Kalo rasa tak sampai hati sangat nak delete, suruh kawan korang delete.. Sonang!

3) Buang semua barang-barang yang boleh mengingatkan korang pada ex
Apa yang ex korang bagi? Teddy bear? Kasut?  Baju? Handbag? Tak payah nak letak dalam kotak then simpan dalam stor. Nanti bila dah tua, anak cucu korang jumpa then ketawakan korang sebab kena dump..  and tak payah nak bagi balik barang-barang tu kat dia. Nanti dia recycle bagi kat awek baru dia.. lagi korang sakit hati.. Buang je la... Ehhh..membazir kalo buang kan? Korang sedekah je la kat sapa-sapa yang memerlukan.. Kan bagus macam tu... Tak pun jual kat bundle...ehhhh ada ke teddy bear bundle???

time nak buang tu buat muka marah macam ni... baru feel...


4) Jangan bersendirian

Korang duduk sorang-sorang, confirm korang ingat dia. Betul ni.. Nak ingat pulak memori-memori indah jeee...adoiiii...jangan laaaaa...jangan duduk sorang-sorang.. pegi la keluar dengan kawan-kawan. Lepak-lepak, enjoy-enjoy... Nanti slow-slow korang bole lupa.. Serius! Memang berkesan..

5) Sibukkan diri

Sibukkan diri ni bukan bermaksud korang pegi menyibuk hal orang lain okayyy... Kalo korang keje, tambahkan lagi keje korang.. Kalo memang takde keje, korang mintak bos bagi keje lagi... Mau kena penampor ni...hehe... tak perlu la sampai macam tu... Korang just make sure masa terluang korang tak terisi dengan aktiviti termenung. Nanti korang meraung kesedihan lagi.. Pegi la exercise ke..bole jugak fit kan badan.. Time duduk rumah tu, cuba pegi masuk dapur then masak apa-apa yang patut lepas tu kemas rumah, sapu n mop lantai sampai licin berkilat.. Bersih rumah korang.. Kan bagus macam tu...Kalo hari cuti tu, korang pegi holiday dengan kawan-kawan ke..  Bila korang sibuk dengan aktiviti macam ni, mesti korang tak ingat ex korang tu..

6) Jangan ambil tau pasal dia

Jangan sibuk-sibuk Tanya kawan korang pasal ex korang tu..Korang da break up, buat apa lagi nak ambik tau pasal dia.. Nanti kawan korang duk cerita ex korang tu tengah bahagia dengan awek-awek baru dia. Siap bagitau ex korang dating candle light dinner kat mana.. Buat sakit hati je kan? Satu lagi tak payah nak stalk fb ex korang.. korang nak tengok gambar ex korang sedang bermesra pegi dating tepi pantai pegang-pegang tangan ke? Tempat korang selalu dating pulak tu...Perghhh... hangin la kannn...  So biarlah dia dengan kehidupan dia dan korang dengan kehidupan korang.

7) Elakkan mendengar lagu-lagu sedih

Pagi ni korang break up, malam tu korang pegi dengar lagu jiwang indon dengan rock cintan tangkap leleh tu..makin meleleh la air mata korang..orang yang break up ni, bila dengar lagu jiwang leleh macam tu secara automatik boleh menghayati setiap patah lirik lagu tu sebab dia cuba letakkan diri mereka dalam situasi lagu tu..memang la sedih..baik tak payah dengar lagu.. kalo nak dengar jugak, layan lagu Twinkle Twinkle Little Star. Lagi best..

Friday, January 13, 2012

Birthday Give Away

saya ditag!
okayyy...dah lama sangat tak join mana-mana contest or giveaway ni.. hari ni cik syieda da tag aku, so aku pun dengan bangganya nak join giveaway ni..

klik gambar untuk lebih info giveaway
Birthday Give Away. Nama pun birthday, dah tentu giveaway ni dibuat sempena birthday beliau kan. Tuan punya giveaway ni pandai mekap-mekap tau..kalo korang nak kawin ke, tunang ke bole la tanya tuan punya giveaway ni.. nak blaja mekap? singgah-singgah la blog tuan punya giveaway ni...ada tutorial mekap tau! cepat join! tarikh tutup akhir bulan Januari...

Thursday, January 5, 2012

Kategori Lelaki


Cak! cak! cak! (tak ada idea nk buat intro sebenarnya) Mental betul aku sekarang ni... tapi bukan mental problem.. waras lagi setakat ni.. Apa perasaan korang kalo korang puasa then abang korang makan nasi ayam yang mak korang masak yang sangat sedap tu siap bertambah dua kali depan korang? Perghhhh...rasa macam nak menangis guling-guling je.. Sebelum aku guling-guling, baik aku pegi tengok tv..layan Redah Kasi Pecah..tengok Zizan tangkap kambing..bole jugak gelak guling-guling..

Sambil melayan perasaan depan tv tadi tiba-tiba teringat something. Masa tu aku tengah duduk melepak kat satu kedai makan ni. Lepas tu ada la satu kumpulan awek-awek dekat meja sebelah cakap macam ni:

Minah : Senah, ko tengok mamat yang baru kuar kete BMM tadi tu? Hensem! macam Tom Kurus..

Senah : Eh, tu bukan hensem. Tu muka jambu.. Hensem dengan jambu pun tak reti beza ke?

Dialog lebih kurang macam tu la..watak dalam dialog di atas adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ehhhhh...kantoi aku sibuk pasang telinga kan.. tapi bukan aku pasang telinga pun... diorang yang bercakap dengan volume suara yang membolehkan aku dengar tanpa perlu bersusah payah nak pasang telinga.

Okayyy... motif utama dialog tu ditaip adalah untuk memberitahu bahawa terdapat perbezaan dalam mengkategorikan seseorang lelaki itu hensem, smart, cute, sedap mata memandang, manis, buruk dan sebagainya. Dan satu lagi, setiap perempuan ada citarasa masing-masing. Jadi tak semestinya 55 perempuan cakap korang hensem, korang pun bole berbangga dengan kehenseman korang. Mungkin jugak ada 88 orang lagi yang cakap korang buruk. Betul tak? Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi mata lain-lain.. errkkkk!??

Di sini aku dengan tanpa segan silunya nak mengexposekan kategori-kategori lelaki pada pandangan aku. Sekali lagi diulang, pada pandangan aku ye..

1) Hensem 
Tom Cruise
Tua-tua pon hensem lagi mamat ni..
Johnny Depp
Hensem tapi dengan gaya yang pelik
2) Smart
Ady Putra
Awwww...melting..melting...

Won Bin
dia da tak berlakon ke?

3) Comel 

Frank Lampard
dia ni comel sebab bibir dia kot

Logan Lerman
Comel! Comel! Comel!

4) Sedap mata memandang 

Remy Ishak
sedap tak mata korang tengok?heeee

5) Jambu 
Song Joong Ki


Kim Hyun Joong

Artis K-Pop ni kebanyakannya jambu..tak tau la jambu batu ke apa...


Kalo yang ni kategori ape agaknye?


terlajak hensem


Kalo perempuan pulak cane?

Tuesday, January 3, 2012

Aktiviti Si Penganggur

Hari ni 3 Januari 2012.. Dua bulan lepas aku baru habiskan internship aku n now aku duduk rumah goyang kaki je..Perghhhh... Dua bulan kot aku duduk goyang kaki.. Korang boleh? Mesti ramai jeles tengok aku goyang kaki je sedangkan yang lain kena bangun awal pagi pegi keje n pegi kelas. Lambat pegi keje, punch card merah pastu kena marah dengan bos. Kalo lambat pegi kelas, kena sound dengan lecturer. Kena time lecturer mood nak marah, dia membebel setengah jam. Kesian kawan-kawan korang kena tadah telinga dengar sekali. Dan aku...dengan bangganya ingin mengumumkan yang aku kini sudah bergelar seorang penganggur bertauliah.. Korang ingat best ke duduk goyang kaki je ni? Serius tak best langsung.. Oh final result! Cepatla keluar...tanpa final result, siapa lah aku ni.. Macamana aku nak mintak keje? Sebab tu la aku terpaksa bergoyang kaki ni...Haihhh....korang tau apa keje aku selama dua bulan ni? Haaa...ni dia...

1) Khatam drama korea sampai lebam
Sebelum ni, tak ada masa nak layan cite korea...satu cite tu sebulan lebih jugak la nak habiskan..sekarang masa terluang tu sangat-sangat banyak..so melayan cite korea je la kejenye..sampai naik pening jugak aku nengoknye...maklumla tengok kat laptop.. Kadang-kadang rasa macam juling je mata ni.. Cite sedih, romantic, action, komedi, semua aku tengok...hero hensem ke tak hensem, semua aku layan..

Melting serta merta tengok pic ni


2) Baca novel
Lame dah tak baca novel sebenarnya.. Hari tu jalan-jalan pegi kedai buku then nampak novel baru Ramlee Awang Murshid – Fiksyen 302.. AAku pun ape lagi, grab terus novel tu then pegi bayar.. Tak perlu tengok synopsis.. novel Ramlee Awang Murshid memang tak pernah tak best. Serius! Rugi kalo korang tak baca novel dia..

Takut tak? Takut tak?


3)Stalk page fb
Disebabkan masa yang begitu banyak terluang, terpaksa la aku stalk page facebook kawan-kawan yang ada.. Stalker sejati beb! Tapi bukan stalk page ex bf atau lelaki paling hensem kat kampus.. No! No! No! Stalk fb kawan-kawan okayyy.. Tengok perkembangan diorang.. Ada yang da keje, ada yang da kawen.. Yang baru kawen tu sibuk mengupload gambar-gambar kawen diorang.. Bahagia betul tengok kawan-kawan kawen... Yang da ada anak pun upload gambar anak diorang.. Terima kasih la pada facebook.. sebab facebook ni bole jadi jejak kasih.. Facebook, connecting people...ehhh?!! bukan Nokia ke?? Ermmm...mane-mane la...

4) Baking
Perghhhh... Ini baru betul anak dara... Menghabiskan masa di dapur... Bukan ikut mat rempit merempit sana-sini... Kenapa mat rempit dipersalahkan? Mungkin sebab aku tengah bengang dengan mat rempit yang buat bising depan umah aku.. Tak boleh ke korang merempit diam-diam? Grrr~~ Semenjak duduk rumah ni, rajin pulak nak baking-baking ni... Moist chocolate cake, orange cake, marble cake, oreo cheesecake, blueberry cheese tart n banyak lagi.. Lepas tu mengadap la makan benda-benda ni sampai perut buncit.. Bila kawan-kawan tegur nampak gemuk, mula la menggelabah nak diet.. tapi memang aku bole rasa aku da gemuk..  Mane tak gemuk, makan je keje. Exercisenye tak.. Lepas tu mula la terpikir yang kadar metabolisme aku dah menurun ke? Padahal pengambilan makanan tu melebihi kadar pengambilan makanan yang perlu diambil..eh..betul ke ayat aku? Betul la kot..

Gambar ihsan dari Yahoo. aku buat mesti la lagi cantik..okay bole muntah...


Seterusnya... Bersenam? Errrrr... tak bersenam lagi setakat ni..  Akhir kata, doakanlah result aku keluar dengan cepat dan pantas. Sekian. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...