Followers

Sunday, February 27, 2011

ada orang mengumpat?

hari minggu macam ni bosan pulak duduk rumah je.. dah la duduk sorang2.. so, pukul 12.30 on la tv... tengok Melodi... melayan kerenah si Wahid dengan Fafau... then pukul 2 layan tengok Nona.. nak tengok majlis kahwin Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha... tengok tv sambil makan megi.... makan megi je? sebab malas nak kuar sorang2... nasib baik ada megi... bole jugak isi perut... 

tengah syok menatap Ayu Raudhah yang sangat cantik n Zaquan Adha yang hensem sambil makan megi tu tiba-tiba.... 

"erkkkkkkkkk"

"arghhhhhhhhhhhh"

aku tergigit lidah!

terjerit aku sorang2 kat rumah tu... sakit uuuuuuuuuuuuuu...... terus berhenti makan.... megi ada lagi separuh... mintak maaf ye encik megi... aku tak dapat nak habiskan encik megi sebab sakit yang teramat sangat....

orang cakap kalo kita tergigit lidah ni maknanya ada orang mengumpat kita... eh... ada orang mengumpat aku ke?? takpe2... terima kasih la sebab rajin nak sedekahkan pahala awak yang banyak tu kat saya! sedekah amalan mulia kan...hihi...

tapi betul ke kalo tergigit lidah ni maknanya ada orang mengumpat kite?

image from Yahoo

Saturday, February 26, 2011

lecturer lelaki dan pelajar perempuan

masa short sem tahun lepas, aku ada ambik subjek Histopathology... lecturer lelaki yang ajar... n yang penting sekali, lecturer ni hensem! auuuwwww! segar mata I pegi kelas dia tau.. hihihi... aku rasa bukan aku je yang segar mata... student lain pon sama... especially student perempuan...


berdasarkan pemerhatian aku, kalo time kelas lecturer lelaki ni mesti student datang awal n gedik2 dalam kelas dia... nak cakap kuat2, gelak kuat2... lecturer tanya soalan, cepat je jawab.. tak tanya pun dia jawab jugak.. tapi time kelas lecturer perempuan yang mengajar, budak2 ni datang kelas lewat. lewat 10 minit ada.. setengah jam pun ada... pastu dalam kelas buat muka boring... bila lecturer tanya soalan, sorang pun tak nak jawab... eh... tipu... adalah sorang yang nak jawab... tu pun jawab slow2... bole nampak di situ yang lecturer lelaki bole menarik minat student perempuan pergi ke kelas, belajar lebih rajin dan bagi perhatian dalam kelas... hebat betul!


mesti korang tertanya2.. setakat mana tahap kehenseman lecturer lelaki ni kan? okey... pada mata aku, kehenseman dia ada iras2 FT! yes! Faizal Tahir! haaaa... hensem kan? cara dia bercakap pun sama... tapi aku tak dengar lagi dia menyanyi macamana. mungkin jugak sama  dengan FT kan? lecturer ni memang famous kat MSU... n memang ramai student perempuan tangkap cintan dengan dia ni... biasa la tuuu... lecturer lelaki kat MSU ni ada berapa orang je... student perempuan pulak ramai... memang la ramai peminat dia kan? 

nanti kalo aku jadi lecturer, aku nak mengajar kat tempat yang ramai student lelaki dari perempuan. agak2 nanti aku ramai peminat tak?

Thursday, February 24, 2011

going Bollywood!

namaste!

haaaa...jangan terkejut.... aku jadi artis Bollywood jap... artis? oh no! sebenarnya lebih tepat jadi penari Bollywood.. alkisahnya... sempena chinese new year ni, ada satu program untuk pecahkan Malaysian Book of Record... buat tanglung buatan tangan  paling banyak... aku tak buat tanglung... budak2 foundation yang buat... dalam 600 student yang buat tanglung banyak2 tu... kami budak2 yang amik subjek music sem ni kena perform untuk hiburkan diorang la... performance kami ni dikira sebagai final presentation... markah 40% tuuu.... budak2 yang amik music ni dibahagikan kepada 7 kumpulan. setiap kumpulan diberi satu negara then kami kena perform culture dance negara tersebut.. group aku dapat India. apa lagi dalam kepala kalau tak Bollywood! dah bayangkan lagu Bole Chudiyan tu... group lain dapat Jepun, Hong Kong, Thailand, Cambodia, Indonesia n Vietnam. 

kitorang diberi masa seminggu je nak practice... dah la time tu sangat2 sibuk dengan research project n nak kena present minggu tu jugak... apa2 pun kitorang kena siapkan research project dulu... then lepas abis presentation baru la kitorang start practice... kitorang practice 2 hari je... bayangkan la... practice hari Sabtu n Ahad... then hari Isnin dah rehearsal... nasib baik rehearsal petang... so dari pagi kitorang practice tak berhenti... nak gabung2 tarian lagi... pastu lepas rehearsal tu practice lagi... hari tu kitorang datang campus pukul 9 pagi then balik kul 8.30 malam... balik umah tu mandi n makan then terus tido... 

tapi tak sia2 kitorang practice sampai sakit2 badan... dapat tepukan paling gemuruh.... bangga betul.... memang kenangan manis la dengan budak2 ni... semua sporting... kalau diberi peluang menari Bollywood lagi, kami nak!!!




Japanese






tanglung yang banyak
dapat sijil Malaysian Book of Record
ni student yang rajin buat tanglung yang cantik ni

Wednesday, February 23, 2011

pengalaman dikejar singa

korang pernah kena kejar binatang buas macam singa or harimau? tak pun anjing jiran sebelah... pernah tak? takut kan? first time aku dikejar singa.. kat mana? kat MSU... cuba korang bayangkan macamana kat MSU ada singa... memang berita ni tak digembar gemburkan kepada media sebab tu ramai yang tak tahu... ramai student MSU tak lepaskan peluang untuk ambil gambar singa ni... bukan senang nak jumpa singa... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



garang tak singa ni? ni la singa yang kejar aku kt MSU... bukan main lagi aku lari... siap terhantuk... ganas betul singa ni... 


berani kan kitorang ambik gambar dengan singa ni... tapi muka singa ni tetap garang... tak senyum macam kitorang pun...


sebenarnya MSU adakan sambutan Tahun Baru Cina... sebab tu ada tarian singa kat U-square ni... bunyi gendang dia bole dengar sampai tingkat paling atas kot... bergegar jantung...




okey...kat bawah ni gambar2 kat tangga selepas dikejar singa



Monday, February 21, 2011

korang selalu merajuk?

korang pernah merajuk dengan kekasih hati korang? mesti la pernah kan... x best la kalo takde sesi merajuk2 ni dalam bercinta... yang lelaki pun tak terkecuali... tapi lelaki merajuk cara lain sikit dari perempuan... merajuk ala2 macho la kan.. tapi kalo merajuk tu tak bole la nak over sangat.. nanti pasangan korang naik menyampah pulak kan... yela... tiap2 2 jam nak merajuk... penat la pasangan korang nak memujuk... kalo tak pujuk, cakap tak sayang pulak.. ye tak? 

korang biasa merajuk berapa lama? seminit? sejam? sehari? seminggu? isk... tak payah lah merajuk lama2... korang tak rindu ke kat pasangan korang? yela... bila dah merajuk mesti tak nak mesej or tak nak call... mesti rindu kan? jadi buang la ego korang tu... kalo pasangan korang dah pujuk tu, tak payah lah mengada2 jual mahal... nanti kalo dia cari yang lain, korang jugak sedih.. kan kan?

aku ni jenis senang dipujuk... kalo aku marah gila2, aku pot pet pot pet la kat 'si dia'... pastu esok 'si dia' cakap dengan aku macam hari ni aku tak pernah marah dia...bagi 'si dia', yang lepas tu lepas... dia tahu aku ni macamana... sebab tu aku sayang 'si dia' ni (emosi mengada2 sikit hari ni)

Sunday, February 20, 2011

pecah rekod tanpa pecah sendi

pernah dengar iklan ni kan? first time dengar iklan ni tergelak jugak... yela... mula2 memang aku tak faham apa kaitan buang lemak dengan pecah sendi.. lama2 faham la.. okey... aku bukan nak cite pasal buang lemak... ni aku nak cite pasal rekod yang baru aku pecahkan semalam...

semalam housemate aku, Husna (memang nama dia sama dengan nama aku) tiba2 ajak aku n Jibah ikut dia jalan2 dengan kawan dia, Aimi pegi Subang.. aku yang tengah keboringan ni apa lagi... semangat je nak join... first kitorang pegi Summit.. on the way nak pegi tu aku dah tau da mesti duit terbang kat Summit tu nanti.. oleh itu aku pasang azam nak jalan sambil tutup mata. tapi apakan daya... kalo aku tutup mata, confirm semua dinding2 aku cium... terpaksa la aku berjalan sambil buka mata... dan sememangnya aku tak tahan godaan shopping! habis jugak duit aku kat Summit semalam...  

eh...tadi cakap nak cite pasal pecah rekod... hehe... tersasar dari landasan...

okey... lepas shopping tu, kitorang pegi makan... aku tak tahu pulak nama kedai tu ape tapi kat Subang la... hehe... kitorang sampai kedai tu pukul 10.55 mlm... then order, tunggu makanan, makan n bayar... lepas tu jalan pegi kat kete... tengok jam... pukul 11.15 mlm! 20 minit je aku order, tunggu makanan, makan n bayar tadi.. sangat2 cepat kan?? aku memang tak percaya aku bole makan secepat tu... bagi yang tak kenal aku lagi, aku memang seorang manusia yang selalu makan perlahan mengalahkan siput.. sape2 yang makan dengan aku mesti bosan tunggu aku habis makan.. paling laju aku makan setengah jam... tu pun aku guna speed kereta Ferrari... kalo ikut speed kereta Kelisa aku tu mungkin la dalam 50 minit... ok la tu... tak sampai sejam pun lagi kan? bertuah aku dapat kawan2 yang suka tunggu aku makan lama2... hihi... okey la tu kan? orang cakap lepas makan tak elok jalan2.. duduk dulu sekejap baru bole jalan2... tapi kan aku memang susah la nak makan laju2... tak tahu kenapa... korang ada cara tak nak bagi aku makan laju?

pic from Yahoo
 

Saturday, February 19, 2011

hari yang meletihkan - part II

dalam part I da cite pasal pegi talk music tu...then kul 12 kitorang ada presentation research project.. orang lain yang ada presentation ramai je tak pegi talk td tu... nak bersiap sedia untuk presentation la katakan... bagus diorang ni... aku bertiga ni da ready da la kononnya.. hihi... kitorang punye turn present pukul 12 - 1... kul 11 kitorang dah keluar dari talk tu... yang ada presentation hari ni dapat pengecualian n bole keluar awal.. pastu turun la kat tempat presentation tu... tengok orang lain tengah present... sampai kat sini baru la rasa jantung ni berdegup laju... baru rasa berdebar... sakit perut tu tak payah cakap la... meragam2 perut ni macam baru lepas makan bihun goreng basah kedai bawah umah.. berdebar! evaluator kitorang nama Encik Noor. kebetulan kami tiga orang dapat evaluator yang sama.  memang tak kenal siapa Encik Noor ni. tanya budak2 lain diorang cakap Encik Noor ni pakai kopiah..macam2 spekulasi yang dibuat oleh budak2 ni... 

"Encik Noor? okey la dia... best2" jawab Q (bukan nama sebenar)

"Encik Noor? hohohohoho... jaga2 la...dia mesti banyak tanya " jawab H (bukan nama sebenar)

"Encik Noor? dia pandai bahagian statistik... mesti banyak tanya result. " jawab N (bukan nama sebenar)

bole percaya ke budak2 ni? susah2 sangat, aku pegi tanya supervisor...bila bagitahu supervisor yang Encik Noor yang nak evaluate poster kami, dia jawab

"alamak!"


tu perkataan pertama yang keluar dari mulut dia. huihhh...takut betul dengar


"tapi dia okey je"


haaaa...ni memang ayat nak sedapkan hati... pandai supervisor kami ni amik hati kami...




dekat2 pukul 12 tu aku pegi register then pegi lekatkan poster dekat board sambil tunggu kelibat lecturer lelaki berkopiah putih (seperti yang digambarkan oleh budak2 lain).. tepat pukul 12, Encik Noor datang. okey. perut memulas2...tangan ketar2.. aku present first...poster no 67... aku pun present la macam apa yang aku practice semalam... lepas siap present Encik Noor tenung poster aku dulu... then dia start tanya soalan dalam BM.. oh...senangnya hatiku bila dia tanya in BM... so tak payah jawab in English..aku pun reka cipta jawapan2 sesedap rasa.. memang cukup rasa la... alhamdulillah... semua soalan boleh jawab... memang banyak pun soalan yang dia tanya.. tapi tak ada kena hentam teruk2... lega sangat2... lepas tu tunggu turn Lizat n Jibah present pulak...  


suasana tempat presentation

Mr Kim sedang evaluate seorang student

aku n Lizat tengah tunggu turn nak present


p/s : nak tahu jugak macamana perasaan student yang kena present depan Dr. Pallavi

Friday, February 18, 2011

hari yang meletihkan - part I

17 Februari - hari ni memang hari yang sangat2 meletihkan..ada talk music, ada poster presentation untuk RP kul 12, then Cik Yana datang MSU bawak rombongan Cik Kiah, pastu pukul 2 ada meeting untuk tarian bollywood.

start pukul 8 pagi aku pegi talk music untuk program budak2 hospitality.. masa mula2 tahu kena pegi talk tu dah mengeluh panjang dah...pukul 8 tuuu...awal sangat...satu lagi kalau pegi campus awal2 nanti tak tau nak parking kat mana sebab pagar Tesco tak bukak lagi.. pukul 10 baru bukak.. nak parking bawah jambatan tu mana bole...nanti kena halau ngan pak guard bangla tu... huh... dah la halau guna wisel je... duk priiiittttt je kat orang... menyampah betul... nak parking dekat apartment Persanda tu jangan harap la... alamak kena saman la nanti... MBSA ni aktif betul bagi surat cinta... duduk diam tak boleh ke? hishh... kami tak layan abang MBSA...kami layan abang kereta BMW je okey (ayat bongkak tak bole blah)

oleh itu, dengan malasnya kami pegi pukul 8.30 pagi... eh...bukan program start kul 8 ke? hahaha... aku & the gang memang malas sikit... dengan malasnya aku pun bwk la kete dengan  tanpa rasa bersalah sebab dah lewat sambil nyanyi2 lagi...nasib baik jalan tak jammed... pastu parking kat area kedai makan Upin Ipin tu..haaa...jauh gila kan? baik jalan kaki je dari umah pegi campus... kalo tiap2 hari macam ni mungkin bole turunkan berat dalam 2 kg seminggu... cayalah! sampai2 je kebetulan jumpa Cik Yana dan rombongan Cik Kiahnya yang baru sampai...wawawawawa....excitednya! kami pun melepak la dengan Cik Yana dulu... bergelak ketawa tanpa pecah sendi! seronok betul... tak ingat da nak pegi talk tu... takpe2... bukan senang nak jumpa Cik Yana dengan rombongan Cik Kiahnya tu...hihi...

okey... lepas gelak2 tak ingat dunia, baru la datang rasa kesedaran nak pegi talk... dengan malasnya naik lif then singgah tingkat 7 pastu pegi theatre hall.. sekali diorang baru nak start.. haha... semalam bukan main suruh student datang kul 7.15 sekali program start kul 9... kesian la sape2 yang datang awal tu.. lepas register, dapat goodie bag then masuk theatre hall... yang bagi talk tu wartawan dari majalah Libur, Noraniza Idris & sorang lagi dekan dari Aswara...takde la bosan sangat... ada persembahan caklempong... satu lagi tak bosan sebab duk makan dalam hal tu. bukan aku la.. Lizat n Jibah duk makan roti Gardenia 60 sen tu... aku tak makan pun sebab aku tengah menumpukan perhatian dengar orang bagi talk tu (tipu) sebenarnya sebab aku tak suka makan pagi2.. heeeee.... aku sempat dengar 2 orang bagi talk je... lepas tu kitorang terpaksa keluar sebab kul 12 kitorang ada presentation...  macamana kitorang present? sambung baca kat part II okey..



Wednesday, February 16, 2011

contest senyum paling ceria

arini aku di tag oleh Cik Lizat untuk contest ni..
 
 

Langkah langkah nya adalahhhh...

1. Follow blog namee ini untuk sentiasa update dengan perkembangan contest ini. DONE!!



2. Buat satu entry yang bertajuk Contest Senyum Paling Ceria. DONE!!

3.Kemudian letak lah banner contest ni kat sidebar sekali .DONE!!

4.Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini.DONE!!

5.Muat naik gambar dan ceritakan mengapa anda gembira di dalam gambar 
tersebut.heheh..Ala simple simple je :) contoh: Saya gembira kerana baru lepas makan. :D 
 DONE !!

6.Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)  DONE!!


7.Akhir sekali, tag 3 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahu yeah ;) DONE!!



TARIKH TUTUP : 31 MAC 2011 (Thursday)
okeyy....gambar yg dipilih ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tu diaaaaaaa


saya sangat suka gambar ni...gambar saya dengan my best friends..kenapa kami ceria time ni? sebab masa ni kami baru je lepas selesai shooting video untuk English...dan pagi tu kami baru selesai satu presentation Medical Diagnostic..lepas semua dugaan hari tu, kami posing bagai nak rak dalam kelas...so sebab tu la kami ceria...
(",)


okey...sekarang nak tag

3. rose

Tuesday, February 15, 2011

my 14 minutes survey

tengah2 bosan tadi jalan2 kat sini. then dia tag sape2 yang baca. so aku yang tak ada kerja ni sangat la rajin nak buat benda2 ni..

Instruction : Once you are tagged , answer all the question honestly. No lying or cheating ok?

Starting time: 12.10 pm
Name : Husna Adibah
Brother(S) : got 3
Eye colour : Dark brown
Shoe Size : 5
Hair : Long
Piercing : One - kat telinga...other parts?? no!
Height : 153cm kot.. oh! saya memang pendek...
What are you wearing right now : t shirt
Where do you live : Shah Alam tapi kampung kesayangan kat Terengganu
Favourite Number : 18
Favourite Drink : ape ek?? semua aku sebat
Favourite month : August!
Favourite Breakfast : aku seorang yang suka skip breakfast.

HAVE YOU EVER

Broken a bone : nope
Been In a police Car : nope. saya budak baik!
Fallen for a friend : nope
Fallen for a guy/girl in a short time : yes
Swam In the ocean : nope. tak pandai berenang pun
Fallen asleep In school : ada sape2 yang tak pernah tido ke kat sekolah? memang budak baik la
Broken someone's Heart : yes
Cried when someone died : yes
Sat by the phone all the night waiting for someone call : yes. sangat sakit hati kalo dia tak call
Saved E-mails : yes
Been cheated : yes. hate this!

WHAT

Your room look a like : queen-sized bed with bear2 bedsheet+blue curtains+got a laptop desk with flowers beside+some pic on the wall
What is right beside you :  a door!
What is the last thing you ate : bihun goreng basah kedai bawah umah. pedasnya mengguris perutku...

WHO

Who did you last tell : erm...tak faham soalan
Who was the last person you danced with : sape ek?
Who last made you smile : Encik A

FINAL QUESTION

What are you listening to right now : bunyi kereta dan motor ke hulu ke hilir. bole tak semua duk umah je? bising la...huhu
What did you do today : today is holiday. just stay at home..layan kebosanan tahap tinggi ni
Are you the oldest : no.i'm the youngest
Indoors or outdoors : indoor. 

TODAY DID YOU

Talk to someone you like : not yet. malam nanti baru bergayut
Kiss someone : nope. just kiss my bear2 time bangun tido tadi
Sing : yes
Talk to an Ex : no. hidup lagi ke dia?
Miss someone? : yes
Eat : not yet. like i said before. selalu skip breakfast

LAST PERSON YOU TALKED WHO

You talked on the phone to : Encik A
Made you cry : Encik A jugak
You went to the mall with : my father. last week. pegi makan kat JJ Maluri. dating dengan abah. best2...
Who cheered you up : Encik A. semalam dia banyak cakap

HAVE YOU

Been to Mexico? : no
Been to USA? : yes


RANDOM

Have a crush on someone : yes
What books are you reading right now : do not read any books now. very2 bz with research project n lots of programs
Best feeling in the world : when the problem solves in right way
Future kids name : errr....tak fikir lagi
Do you sleep with a stuffed animal :  a bear and three chipmunks
What's under your bed : barang2 tuan rumah. kalo bagitahu kat sini sure korang gelak guling2...
Favourite sports : badminton
Favorite place : my room
Who do you really hate : orang yang tak sedar diri. tolong la....
Do you have a job : not yet. i'm a full time student
What time is it now : 12.24 pm

With however long it took you to complete this ,
post as "My 14 Minutes survey" and tag 15 peoples.

nak tag

dan siapa2 yang baca ni...buat la...best =)

Monday, February 14, 2011

ciri-ciri orang yang mencintai kamu

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup... 



p/s : Encik A...this is for u

inilah perempuan - perempuan dan sandal

sebelum ni cakap pasal mekap...hari ni nak cakap pasal sandal or kasut...rasanya setiap perempuan mesti ada lebih dari sepasang kasut or sandal kan? paling kurang pun dua pasang la...betul tak?? tu pun jarang2 sangat jumpa...biasanya perempuan ni pegi mana2 tempat berbeza, kena pakai sandal yang berbeza...pegi kelas n pegi jalan2 kena pakai sandal lain2..tu tak termasuk sandal yang nak matching dengan baju la...matching dengan handbag la..takkan nak pakai baju hijau dengan sandal pink..pelik kan? pening jugak jadi perempuan ni...... aku sebenarnya dah jatuh cinta dengan gladiators & wedges... setakat ni wedges aku baru 3 pasang... n gladiators aku baru sepasang..hishh...mane cukup ni...nak kena beli lagi...tapi...faham2 je la...duit xde...tak payah berangan nak beli banyak2...tapi kalo dah nama perempuan tak sah kalo tak berhabis untuk benda2 macam ni...tu tak termasuk baju2, shawl & mekap2...agaknya kalo gaji 2 ribu sehari pon bole habis licin hari tu jugak..dahsyat!

kat umah sewa aku pulak....penghuni ada 4 orang...bilangan sandal/kasut yang ada = bilangan kasut/sandal untuk 10 orang...bersusun depan pintu umah...nak kuar pegi kelas test dulu satu2...pilih mane yang sesuai dengan baju...dah pilih, baru pegi kelas...faktor ni jugak bole menyumbang ke arah kelewatan aku menghadirkan diri ke kelas...lagi2 kelas pukul 8 pagi...kalo lecturer tanya kenapa lewat? mesti la sebab jalan jem! kan kan? ngeeeeeee~~


jadi lelaki jugak senang...pakai selipar yang sama je pegi jalan2...tak perlu nak matching2 dengan warna baju...selipar diorang pun kebanyakannya warna hitam, coklat or putih...beli satu cukup...pakai sampai putus...dah putus baru beli lain...


tapiii.....ada jugak la lelaki yang suka selipar banyak2...pernah sekali aku join Community Service untuk denggi kat sebuah pangsapuri kat Shah Alam ni...start dalam pukul 10 pagi..tugas aku buat inspection kat setiap rumah...check ada air bertakung ke tak..tengok kat toilet ada jentik2 tak..so berpeluang la masuk rumah2 lelaki...bukan menggatal ok...ada la satu rumah tu...selipar/kasut diorang sangat2 banyak...memang kalah la rumah perempuan.. tapi kan...dalam banyak2 selipar/kasut lelaki tu tiba2 terselit sepasang sandal perempuan...hmmm...pelik kan? haha..


Gold Gladiators
Givenchy Wedges. cantik uuuuuuuu

* pic from yahoo

Thursday, February 10, 2011

Siapa tu yang nak kalahkan Hanis Zalikha?

Jom cuba try test ! :

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


16. Unaaa

PERATURAN !!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Ha..senang kan??Jom la buat . Silap-silap nanti blog korang dapat kalahkan blog Hanis Zalikha tu. Siapa tahu??



rahsia di sebalik kulit udang

siapa suka makan udang? haa...aku suka makan udang... masakan udang mana yang aku suka?? udang masak merah, udang celup tepung, udang goreng kunyit, tom yam udang, butter prawn?? semua aku suka...keropok udang pon aku suka... bole dikatakan peminat udang tegar la ni..

biasanya orang makan udang mesti buang kulit dulu kan? tapi aku tak buang pun... amboi-amboi.... nak cakap aku malas la tu... bukan sebab aku malas... tapi aku suka makan udang dengan kulit2 sekali... tak ramai yang makan udang sekali dengan kulit... antara kawan2 aku, aku sorang je yang makan udang macam ni... semua mesti bersusah payah nak buang kulit dulu baru makan...

sebenarnya, kulit udang ni ada khasiatnya... apa khasiat dia?? kulit udang ni mengandungi satu bahan yang dinamakan chitosan yang boleh membantu kita kurangkan berat badan dan turunkan aras kolestrol dalam badan... macam tak percaya kan? haa... ni bukan main2 ni... memang ada satu research yang telah dijalankan oleh Dr. Hossain dan rakan-rakannya dari satu universiti di Bangladesh terhadap kulit udang ni.. jangan ingat orang Bangladesh kerja kat stesen minyak je tau...

bukan itu saja... kalo makan kulit udang ni, kita boleh jimat masa makan kan? lagi-lagi bagi orang macam aku ni... makan sangat slow mengalahkan siput... sampai kawan aku , L (bukan nama sebenar) cakap 

" L kalo nak pegi kenduri kawin Una, L nak pegi lepas majlis makan beradap.malas nak tunggu Una makan.lama sangat"

tengok...sampai macam tu sekali...jadi...oleh itu, dengan memakan udang tanpa buang kulit ni merupakan cara yang agak efektif bagi aku untuk mempercepatkan proses pemakanan aku yang sedia slow ni.. .siapa2 yang mengalami masalah yang sama, bole la mengamalkannya...di samping dapat jimat masa, anda juga bole kurus dan sihat!



nama saya udang!





gambar ni buat aku lapar


dua-dua gambar ni aku curik dari yahoo jek... =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...