Followers

Wednesday, March 30, 2011

spot the error

time aku keluar rumah, aku ternampak iklan ni.. 

  


cuba korang cari apa yang silap. exercise mata sikit okey...  =)

Sunday, March 27, 2011

cara nak hilangkan mengantuk time driving

akhirnya... kembali juga aku kat bumi Shah Alam ni selepas dua minggu bersuka ria duk bercuti kat kampung... tadi abah temankan aku balik sini... dating berdua je dengan abah... heee.... so aku la yang drive dari Terengganu sampai Shah Alam ni... pagi tadi lepas makan nasi dagang satu family, terus kitorang bertolak...

nak dijadikan cerita, semalam aku tido pukul 3.30 pagi... padahal abah dah warning suruh tido awal-awal.. memang aku dah set kepala nak tido awal tapi mata ni degil.. dia tak nak tido.. aku dah berdebar dah takut mengantuk gila nanti... pernah sekali aku on the way balik ke Terengganu. masa tu aku balik dengan Jibah n Marissa.. sekali kereta yang aku bawak tu bergerak senget ke tepi... tapi nasib baik terus tersedar masa tu... kalo tak, tak tahu la aku kat mana sekarang ni...

amik kau... terus tido


tadi tengah drive sampai kat Merchang pun aku dah mengantuk... ah sudah.... macamana ni... ayah aku tak bole bawak kereta manual... kalo tak, bole tukar driver jap.. mula-mula tu okey lagi... tapi lama-lama rasa macam tak bole tahan la... last-last aku pun capai handbeg aku... teraba-raba cari barang dalam tu... dan.... taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



buat apa dengan vicks ni??

haaa...aku colek vicks ni pastu sapu kat mata... haaa.... segar bugar mata aku tau... hilang mengantuk... serius berkesan... tapi jangan la sapu kat biji mata tu... mau juling mata nanti... just sapu kat hujung mata... then korang akan rasa berangin + pedih-pedih sikit... so automatik tak mengantuk... kalo tak ada vicks, bole jugak guna minyak angin.. lagi berangin kot... dan satu lagi, jangan sapu dekat sangat dengan mata. takut nanti jadi lain pulak.. kot-kot la korang ni ada mata sensitif. berangin sikit, terus air mata mencurah-curah.. kalo mata korang sensitif macam ni, jangan gatal-gatal nak cuba okey...

Thursday, March 24, 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin

bila aku bukak blog, tengok kat cbox dulu... nak blogwalking.... pastu dapat la jemputan dari xcyber untuk join first contest dia..



SYARAT-SYARAT

1) Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA shj sbb mudah nak bg hadiah
2) Mesti follower blog nih sbb mudah nak tngok kalau de pepe diupdate nanti
3) Buat 1 post "1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"
4) Letak banner picture kat atas kat dlm blog korunk.. x kisah la sidebar ke kat mana ke dan link banner tu ke contest ni
5) Gambar tu mesti la ORIGINAL yg korunk punya k.. x leh main ciplak2 org lain punya..ramai2 ke atau sorang2 ke yg penting anda mesti ada dlm gambar tuh, pic korunk boleh dalam bentuk statik atau lain2..tp terhad hanya 1 gambar SAHAJA
6) Tag 4 org rakan anda
7) Tarikh tutup 11.59PM pada 23 April 2011
8) Pemenang akan dipilih melalui gambar gaya pose paling sempoi/menarik di depan cermin


aku memang tak banyak pic posing depan cermin.. tapi selepas meneroka folder-folder pic dalam laptop aku ni, jumpa la satu pic ni...



hehe
okey...sekarang masa untuk tag 4 orang
mereka yang bertuah ialah
2. kiko


berlagak kaya?

Situasi 1

A : bagi la no pin blackberry u
B : I tak ada blackberry la
A : eh, kalo tak ada kenapa join group blackberry ni?
B : ada sebenarnya tapi I bagi kat ex bf I
A : oo...

* realiti : sebenarnya B tak ada blackberry pun 

Situasi 2


korang ada sorang kawan.. tengok pemakaian dia memang kaya la.. kawan korang ni cakap dia ni memang orang senang.. tengok gambar kat facebook posing depan sebuah rumah besar.. wah, memang dia ni kaya lah.. then satu hari tu korang pergi lah rumah dia... sekali rumah tu tak sama dengan rumah yang korang tengok dalam gambar kat facebook tu.. rupanya rumah dia duk posing sakan dalam facebook tu rumah orang lain..


Situasi 3


A : u ada berapa buah kereta kat rumah u?
B : ada 4
A : wow. kaya u ni.. u kalau nak cari pasangan kena cari anak orang kaya la..
B : (sengih kekembangan)


* realiti : 4 biji kereta tu adalah kereta mak + kereta abang + kereta rosak + kereta sorong


apa perasaan korang kalo berhadapan dengan orang macam ni? 

Wednesday, March 23, 2011

aku di oversea

tengah syok-syok aku blogwalking, tiba-tiba dapat satu chat message kat facebook... aku tak kenal mana pun orang ni...

              "amboiii dia gi becutii.. wah wah wah"
 
hmmm... mana la budak ni tau aku tengah cuti sem sekarang ni... sebab aku memang malas nak melayan, aku biar je

              "amboiii gi oversea ye senahhh"

oversea??? bila masa pulak aku melancong ni? dia panggil aku senah pulak tu... tak ada nama lain ke? tak bole jadi ni...
              "gi oversea mane pulok?" aku tanya dia.
 
              "tgk mesej tuwww"
 
ooo.... ada mesej kat inbox rupanya... tak perasan pulak... aku pun check la inbox... apa ada kat inbox? dia hantar gambar aku... gambar yang dia edit... gambar yang aku pernah buat profile picture facebook aku...
 
 
ini gambar asal

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




ini gambar yang dia edit

ada rupa kat oversea ke? aku tengok macam tak ada pun... nak kena tambah salji pastu aku kena pakai trench coat... baru nampak macam kat oversea.. ye tak? hihi... anyway thanks Encik Z..

Monday, March 21, 2011

makan elok-elok. jangan sampai jadi macam ni

kenapa aku cakap macam ni? sebab tengahari tadi aku tengok Wanita Hari Ini... topik hari ni berkaitan dengan penyakit bullemia dan anorexia.. artis yang dijemput, Amyza Aznan... memang dia ni kurus kering kan... dia cakap time dia rasa badan dia agak gemuk tu dia control makan.. tapi kan aku rasa dia ni mana pernah gemuk.. kurus macam tu je aku tengok...dia cakap kalau nak makan KFC tu dia kunyah-kunyah ayam tu tapi dia telan air ayam tu je... ayam tu dia keluarkan balik.. haih... membazir laaa... nikmat ke makan macam tu? macam tak kenyang je kan... macam-macam la orang sekarang ni.. nak cantik sangat sampai dapat penyakit-penyakit pelik macam ni... ingat cantik sangat ke kalau badan tu tinggal tulang dengan kulit je... pastu tulang rusuk terjojol... errrr....

cantik ke?
 
pakai dah seksi tapi aku tak nampak pun keseksian dia



tengok tu...merokok pulak... kalo orang tanya aku ni apa, aku jawab ni tengkorak hidup


Sunday, March 20, 2011

pemilik matahari adalah seorang wanita

tengah online tadi tiba-tiba ternampak satu artikel yang mengatakan seorang wanita dari Sepanyol menamakan dirinya sebagai pemilik matahari.. ya! matahari! pelik bukan? bolehkah matahari dimiliki? memang ada kesepakatan antarabangsa yang mengatakan bahawa matahari tidak boleh dimiliki oleh mana-mana  negara tetapi tidak menyatakan tentang perseorangan. masalah sekarang ni daripada siapa dia dapat hak milik tu? siapa yang membenarkan? lepas tu boleh pulak dia ni nak kenakan bayaran kepada sesiapa yang menggunakan matahari dan separuh dari bayaran tu akan diberikan kepada pemerintah Sepanyol.. pelik-pelik sungguh manusia zaman sekarang...

ini la wanita pemilik matahari

p/s : agak-agak lepas mesti ada orang nak jadi pemilik bulan dan bintang pulak...

Saturday, March 19, 2011

beza duduk di rumah sewa dan rumah sendiri

bestnye balik kampung... exam habis petang 14 hb terus je balik kampung... tak nak tunggu-tunggu dah... setiap detik berada di kampung tu sangat bermakna.. ceeewaahhh... mana tak bermaknanya... sangat berbeza rasanya duduk rumah sewa dengan rumah sendiri...  rumah sendiri dalam konteks seorang student macam aku ni bermaksud rumah family okey. aku tak mempunyai harta yang cukup lagi untuk memiliki rumah sendiri..

1. makan
kalo kat rumah sendiri, aku boleh makan makan sedap-sedap yang mak aku masak... opsss... kantoi malas masak...hehe... bukan malas tapi mak aku ni kalo anak dia balik je mesti dia nak masak yang best-best je...macam mana la badan aku ni tak mengembang bila balik rumah. kalo kat rumah sewa pulak aku makan masakan kedai je la... dapur tak ada.. time dapur ada dulu rajin jugak la masak... bila dah tak ada sekarang ni, makan kat kedai je..... duit pun cepat je mengalir...mengalir tanpa ada sekatan...

2. line tenet
haaa...part ni paling best kalo kat rumah sendiri...kat rumah sendiri ada streamyx... kat rumah sewa guna broadband je... so bila ada kat rumah family, sangat rajin la aku blogwalking dan tengok cite korea... kalo dengan broadband, aku bole tengok cite korea satu episod satu hari tapi dengan streamyx aku bole tengok 5,6 episod sehari kalo tak ada kerja... laju je loading.. jadi korang terminate je la broadband korang tu... baik guna streamyx... 

3. masak
kalo kat rumah sendiri bole la meluangkan banyak masa belajar masak-masak dengan mak aku... yela..umur dah meningkat... kena la pandai masak-masak gulai, kerutuk, nasi minyak, nasi tomato, nasi bukhari dan sebagainya... tak kan laki aku nak makan nasi goreng or ikan singgang je kan? kalo kat rumah sewa mana la ada masa nak belajar masak... dapur pun tak ada... 


4. bilik
kalo bab bilik ni mesti la bilik kat rumah sendiri lagi best kan... lagi luas dan lagi selesa.. satu hari duduk terperap dalam bilik pun takpe... 


5. tv
kat rumah sewa aku ada tv.. ada astro jugak tapi tak semua channel la ada... tak kan nak ambik semua pakej kan.. nanti botak la kepala nak bayar bil astro ratusan ringgit tu.. dah la lewat bayar seminggu pun dah potong.. tak bertimbang rasa betul kat kitorang yang kurang duit ni.. kalo kat rumah sendiri, semua pakej ayah aku ambik kecuali yang celestial tu... eh betul ke nama tu? yang ada banyak cite cina tu.. betul la kan... jadi bila aku balik rumah sendiri, bole la aku menikmati keindahan menonton rancangan-rancangan yang best-best tu..




banyak lagi sebenarnya aku nak bagitahu tapi cukup la 5 je.. kalo rajin, aku tambah lagi..ni dah tengahari...nak turun pegi lunch pulak...bubye! =)

Monday, March 14, 2011

aku sihat

semalam kuar makan... biasa la.. dapur rumah sewa aku memang tak berasap.. eh...ada dapur ke? rumah aku tak ada dapur la... lupaaaa.... aku pegi makan kat satu restoran kat Shah Alam ni...  sampai-sampai tengok penuh manusia dalam kedai tu... sampai orang aku kena tunggu meja kosong... bila ada meja kosong tu cepat-cepat berebut dengan orang lain... yang kalah mesti buat muka kecewa sebab kena tunggu orang lain pulak habis makan sambil berdoa dalam hati biar semua yang tengah makan tu cepat-cepat balik... best pulak main berebut meja ni... nanti time birthday party adik-adik or anak-anak korang nanti buat la game berebut meja pulak.. dah bosan main berebut kerusi je kan?

okey...lepas berjaya je berebut meja, aku pun duduk la tunggu waiter datang ambik order...lama jugak la tunggu tu... semua sibuk... maklum la...kedai penuh manusia... nasib baik ada jugak waiter yang prihatin datang ambik order aku... 

bla bla bla bla bla (panjang snagat cerita)

then tengah makan tu datang la kawan yang aku dah lama tak jumpa.. jumpa yang tak dirancang... dia duduk depan aku lepas tu ayat first yang keluar dari mulut dia...

       "Una, apsal nampak makin sihat"

Gulp! tertelan nasi bercampur tomyam + kailan ikan masin + telur dadar.. aku pegang pipi aku...

        "mesti la... senang hati"

sihat ni ada dua maksud dari segi pemahaman aku... sihat = sihat tubuh badan ataupun   sihat = gemuk... aku nak sihat yang pertama tu tapi aku tau memang kawan aku tu maksudkan yang kedua... uwaaaaaaaa..... tapi memang muka aku makin membulat... aku tak tau kenapa... mungkinkan sebab umur dah makin meningkat dan kadar metabolisma aku dah menurun? oh tidak! aku tak boleh terima lagi hakikat tu...

Sunday, March 13, 2011

kadang-kadang tak adil jugak jadual exam ni



minggu ni minggu exam...biasa la...student macam aku ni kena la menghadapi benda alah yang menyakitkan otak lagi menyeksa jiwa raga ni... sakit jiwa pun bole tau...pernah sekali tu... tengah study pukul 3,4 pagi... kan sunyi time tu...tiba-tiba terdengar la bunyi sebuah motor lalu... rumah sewa aku ni kan betul-betul tepi jalan... kuat la dengar bunyi motor tu.. bila dengar tu bole pulak aku gelak... tapi bukan gelak mengilai la.. nanti kang tak pasal-pasal mimpi housemate aku yang indah tu bertukar jadi mimpi ngeri lagi mengerunkan.. dengar bunyi motor je bole gelak? macam sakit jiwa kan? hmmm... mungkin stress sangat kot sebab subjek aku memang 95% kena menghafal . mungkin bila banyak sangat benda yang masuk dalam kepala ni mengakibatkan gangguan pada sistem keketawaan... 

merapu pulak... back to the topic... exam dan jadual exam memang tak boleh dipisahkan... amacam? hebat tak pepatah baru aku ni? hebat kan... semester ni aku hanya ambik satu je subject berkaitan dengan sains... yang lain tu English dengan Music... jadi rilek la sikit kan... Music pun takde paper untuk final... so, exam ni aku ada 3 paper je.. yang English tu tak payah study la kan? (bajet hebat) study betul-betul untuk MD2 je... jadual exam aku sem ni saaaaaangaaaaaaatttttttt best... 

7 Mac - English for Occupational Purposes
11 Mac - Medical Diagnostic II
14 Mac - English for Academic Enrichment

best kan? sangat panjang gap... subjek English tak perlu study sangat kan... jadi lepas exam MD2 tu terus aku rilek2 goyang kaki je...bosan uuuuuu... nak study ape pun tak tahu... masa sem-sem lepas, aku memang tak suka dengan jadual exam aku... semua subjek yang aku amik tu berat-berat... semua nak kena hafal dari A to Z.. lepas tu exam tak ada gap langsung! gila kan? sem lepas aku hampir jadi bengong sebab tidur memang tak cukup... sampai last paper yang aku jawab tu aku redha je lah kalau tak dapat result elok pun... kena pulak paper last tu Neuropharmacology...paper tu la yang paling banyak benda kena ingat...

tak suka betul...time subjek rilek-rilek ni panjang pulak gap die... tak adil! kadang-kadang jadual exam ni pun bole mempengaruhi result student... yela... kalo takde gap langsung, nak study pun tak sempat kan? 

esok aku exam... hari ni aku duduk saje je kat rumah... tak tau nak study apa... biasanya kuar jugak pegi makan tapi hari ni tak kuar sebab Jibah demam... ingat nak kuar je tadi tapi tak sampai hati pulak nak tinggal dia sorang-sorang kat rumah... Husna pegi rumah kawan dia, Kak Aliffa pulak pegi kenduri kawin kawan dia kat Johor... so, macam kejam la kan kalo aku tinggal Jibah sorang-sorang...

sekarang menunggu je masa untuk exam tanpa study apa-apa... esok exam pukul 2.30 ptg..cepat la habis exam esok.... aku dah tak sabar nak balik kampung ni... sebulan lebih dah tak balik... nanti nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa dengan Encik A....

Friday, March 11, 2011

i'm crying =,,(

jam sekarang menunjukkan pukul 2.45 pagi... esok ada exam MD2.. eh...bukan esok...pukul 9 nanti... tinggal berapa jam je lagi... dan aku baru lepas menangis... =,,(  hukhuk... dah la sunyi time ni... housemate aku semua dah lena dibuai mimpi... mungkin mimpi-mimpi indah kot sebab tak dengar pulak diorang menjerit ke..meracau ke... 

tapi aku....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tengah sedih 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebab
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Secret Garden












Ya! Drama Korea ni berjaya buat aku menangis lepas Autumn in My Heart... mungkin sebab time macam ni sunyi n aku pun tengok dengan penuh perasaan... baru tengok sampai episod 17.. siapa yang dah tengok? sedih kan episod ni... heroin accident n koma..hero tu sayang sangat kat heroin tu sampai sanggup nak tukar badan dengan heroin tu.. siapa yang tengok cerita ni, dia faham la... bagi siapa yang tak tengok lagi, jom tengok! best! 


ehh...dah pukul 3 lebih... aku kena tido ni... esok..eh.. kejap lagi aku nak exam... wish me luck k!

Monday, March 7, 2011

panas hati den....

panas pulak bandaraya Shah Alam hari ni....biasanya petang-petang macam ni mendung je...biasa lah...zaman sekarang musim tak menentu...time musim panas tapi hujan je memanjang...bila musim hujan, panas je memanjang...bumi ni dah tua...dah sakit pun...oleh itu, jagalah alam sekitar...wah...dah macam iklan kat TV kan....

pagi tadi start dah final exam... first paper pukul 9...paper English....pelik-pelik je soalan yang keluar...naik hairan aku... semua muka bengang je lepas keluar dewan... okey... dah lepas satu paper... next paper is MD2.. paper yang penuh kesengsaraan... rasanya kalau ada survey tanya subjek apa yang paling disukai oleh student biomedic MSU, sorang pun tak akan jawab MD2...serius susah....mencabar neuron-neuron yang berselirat kat otak aku ni...

exam tadi habis pukul 12...then pergi makan... lepas tu pergi print journal kat tempat yang selalu aku pergi kat area TTDI... sampai kat kedai tu, Jibah bagi pendrive...then tunjuk kat akak tu file mana yang perlu diprint... semua skali ada 8 journal+case report.. mesti la lama jugak kan... then kitorang tinggal la sekejap... pegi 7E kat selang 2,3 buah kedai tu.... beli-beli apa yang patut... lepas tu balik semula kat kedai printing tu... aku tengok dah ramai budak lelaki dalam kedai tu.. akak tu duk melayan budak-budak laki tu dulu... yang kitorang punya tu buat hiasan je dulu kat desktop dia...okey... takpe-takpe sebab Lizat ajak aku pergi beli aiskrim... Lizat belanja aiskrim! weeeeeeeeeeeee.....seronotnya.... hikhikhik... beli aiskrim kat mana? yes! 7E lagi... lepas tu fikir pulak nak makan kat mana... takkan nak makan sambil berdiri depan 7E tu... dah la pakai baju kurung... hilang keayuan kami tau.... last-last kitorang lepak kat depan kedai gunting rambut... makan punya makan punya makan... habis la aiskrim tu... lama jugak kitorang melepak secara haram kat depan kedai tu... yela... aku kan makan lambat... memang la lama...lepas tu pergi balik kedai printing tu... sama macam tadi... akak tu tak habis lagi layan budak-budak lelaki tu... bukan main lagi ye...hmmmm....

okey.. takpe-takpe sebab Lizat ajak pergi beli pen... so menapak la kitorang pergi selang 5,6 buah dari kedai printing tu... sampai sana..pilih punya pilih...test punya test... beli sebatang pen je... hihihi... buang masa je lebih... nak beli satu je tapi semua jenis pen nak test... biasa la tu kan... korang pun buat macam tu jugak kan... lepas tu Lizat cakap nak beli highlighter.. pergi pulak sebelah kedai tu... cari highlighter... macam la kedai tadi takde kan... saja je kitorang nak menjelajah kawasan TTDI ni... pilih punya pilih...terbeli la highlighter dengan  satu rim kertas A4..okey..lepas tu Jibah pulak ajak pergi kedai runcit sebelah...dia nak beli barang... round punya round... Jibah pun beli la roti dengan air... okey... dah lama kot kitorang membeli belah... then kitorang menapak balik ke kedai printing tadi...

ada sorang je budak laki... yang ramai-ramai tadi dah hilang... then pergi tanya akak tadi yang kitorang punya dah siap ke belum... jawapannya............................. TAK! perghhh.... bengang betul! kitorang jalan2 + makan aiskrim + lepak depan kedai gunting rambut + beli pen + beli highlighter dengan kertas A4 + beli roti dengan air + datang balik lepas tu boleh akak tu tak print lagi yang kitorang punya... 

okey... takpe-takpe... kitorang tunggu lagi... dengan tahap kesabaran yang dah separuh... bila dia print satu journal, Jibah pergi la belek... sekali tulisan lain yang keluar... tengok kat screen tulisan biasa je... tapi bila print, dia keluar tulisan apa ntah... tulisan sanskrit kot... takkan aku nak pakai tulisan ni jawab dalam exam nanti... grrrrr........ panas hati betul!! tapi sabar... tak baik marah orang kan... aku diam je... lepas siap semua, masuk je dalam kereta........

"@#$%^&*"

haaa... tapi bukan mencarut la... just marah lepaskan geram je... serius aku tak reti mencarut macam budak-budak sekarang suka mencarut dalam status FB diorang... mak aku marah..baik aku ni kan?(mata kelip-kelip)

cane perasaan korang kalau nota korang macam ni?

Saturday, March 5, 2011

the cute sugar glider




Encik A, kalo nak tahu, ni la sugar glider..sangat-sangat comel kan? geram gila tengok binatang ni... nak-nak tang mata tu... booolatttt! tak payah la bela hamster... kan dah ramai kawan-kawan bela hamster... sugar glider lagi comel dari hamster... comel macam chipmunk kita kan? kita bela sugar glider nak?

p/s : gambar adalah hasil curian dari Yahoo.

Friday, March 4, 2011

Shahir datang MSU!

"alaaa....kecoh la minah ni...Shahir je kot... bukan Adam Lambert pun" 

mesti korang nak cakap macam ni kan? pandai aku teka kan? aku pun memang tak dengar mana lagu Shahir ni... tiap2 hari masuk kereta pasang Hitz.fm... dengar lagu Adam Lambert je la sebab Hitz tak pasang lagu Shahir... tapi time AF8 dulu aku memang minat Shahir... sebab ape??? sebab hensem!! sebab tu Shahir ramai peminat perempuan... dah lumrah perempuan suka artis yang hensem... yang lelaki memang la tak suka artis hensem... sebab diorang rasa tergugat bila awek-awek diorang asyik puji kehenseman artis lelaki tu... dengan artis pun nak jeles?? tapi kalau korang dah hensem, perlu ke rasa tergugat? hmmm.... tapi...... lelaki pun sama... suka artis perempuan yang cun + hot + seksi meksi... tak kisah lah suara tak best ke... lakonan tak mantap ke... asalkan boleh cuci mata... kenapa mesti nak cuci mata tengok perempuan cun + hot + seksi meksi? tak boleh ke cuci mata tengok makcik jual nasi lemak? 

okey okey... dah terbabas dari tajuk... Shahir datang kat MSU bukan saja2 buat lawatan sambil belajar... tapi dia buat persembahan untuk konsert sempena Malam Sinar Maulidur Rasul MSU 2011. bukan Shahir je yang ada... Rabbani n Muadz pun buat persembahan jugak... tapi Shahir la yang menjadi tumpuan... time orang lain nyanyi, penonton static je duduk kat kerusi... tapi bila Shahir je nyanyi, semua nak bangun pergi depan ambik gambar sampai yang aku duduk belakang ni tak nampak Shahir kat depan... lepas konsert pulak ada sesi sign autograf... ramai yang beratur... dan sudah pasti yang beratur tu semua perempuan! memang Shahir tak ada peminat lelaki ke? aku rasa ada je tapi diorang malu nak beratur sekali... hilang macho la beratur panjang nak mintak autograf Shahir kan? macam-macam la gelagat budak-budak ni bila jumpa Shahir... AJK dah cakap tak boleh nak bergambar nak posing-posing tapi ada jugak yang degil... aku nak ambik gambar banyak2 pun tak sempat... ini je gambar yang ada..


hensem kan?



sesi fotografi artis dengan AJK program... siapa yang nampak muka aku? memang mata anda tajam!

bersama Huda n the gang

Wednesday, March 2, 2011

femes ke?

semalam ada konsert Malam Sinar Maulidur Rasul MSU 2011... aku AJK konsert tu... antara artis yang buat persembahan - Muadz, Rabbani n Shahir AF8... so petang semalam ada rehearsal kul 5 petang... aku, Lizat n Jibah pegi lambat sikit... sampai2 je nampak Shahir tengah soundcheck... hensemnya Shahir! haha.... then jumpa Hanim... dia terangkan macamana tugas kitorang malam nanti... lepas tu tiba2 Hanim tanya aku

Hanim : orang Terengganu ke?

Aku     : Ya  (eh.. pandai dia ni teka)

Hanim : Skoloh Sheikh Malek ke?

Aku     : Ho.. ye ah... bakpe? skoloh Sheikh Malek gok ke? 


Hanim : Ho... senior kan? sebab rasa macam kenal je... hari tu ada tanya Halim... dia pun 
            kata macam kenal jugok... tapi takut nok tanye...

time ni memang aku dah excited... yela... aku ingat aku sorang je budak skolah aku yang tercampak belajar kat MSU... sekali ada jugak orang lain...


Aku     : awk SPM tahun berapa?

Hanim : 2006


Aku    : saya 2004... eh.. Halim pun Sheikh Malek ke?


Hanim : Ye la... die satu batch dengan saya...


Aku    : Laaa... padahal kite duk cakap sokmo dengan die... boleh die dok tegur...


tiba2 rasa macam femes sekejap... femes la bila orang kenal kita tapi kita tak kenal orang kan? errr... korang rasa luga? nak muntah? takpe2... entry ni da nak habis dah pun... hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...