Followers

Friday, January 20, 2012

Break up? How To Survive?



Putus cinta menyakitkan hati kan? Tak ada siapa pun nak benda ni jadi.. dan nak lupakan ex tu memang sangat-sangat susah..kena kuat semangat..

Apa yang korang perlu buat bila dah break up?

1) Menangis

Tipu la korang tak menangis bila dah break kan? Nangis la puas-puas..cry out loud! Tak payah nak cover-cover tunjuk tabah.. Nak meraung pun takpe.. Bila dah banyak nangis, confirm korang mengantuk kan? Then korang tido.. at least time tido tu korang da bole stop remind your ex kan? Tapi.....jangan la korang menangis sampai banjir kawasan perumahan korang tu.. nanti tak pasal-pasal masuk tv..tajuk berita ‘Kejadian Aneh : Tak Hujan Tapi Banjir’...

2) Don’t try to contact your ex

Don’t! Don’t! Don’t! Tak payah la bersusah payah nak cari balik orang yang dah buang korang tu. Bila korang call then dia tak angkat, korang jadi lagi sedih n sakit hati. Lepas tu menangis lagi sampai banjir kilat.. Masa korang call tu, dia tengah seronok dengan perempuan lain.. Mana la nak angkat call. And make sure delete je nombor ex korang tu.. Buat apa nak simpan. Nanti tengok hp je ingat dia.. Kalo rasa tak sampai hati sangat nak delete, suruh kawan korang delete.. Sonang!

3) Buang semua barang-barang yang boleh mengingatkan korang pada ex
Apa yang ex korang bagi? Teddy bear? Kasut?  Baju? Handbag? Tak payah nak letak dalam kotak then simpan dalam stor. Nanti bila dah tua, anak cucu korang jumpa then ketawakan korang sebab kena dump..  and tak payah nak bagi balik barang-barang tu kat dia. Nanti dia recycle bagi kat awek baru dia.. lagi korang sakit hati.. Buang je la... Ehhh..membazir kalo buang kan? Korang sedekah je la kat sapa-sapa yang memerlukan.. Kan bagus macam tu... Tak pun jual kat bundle...ehhhh ada ke teddy bear bundle???

time nak buang tu buat muka marah macam ni... baru feel...


4) Jangan bersendirian

Korang duduk sorang-sorang, confirm korang ingat dia. Betul ni.. Nak ingat pulak memori-memori indah jeee...adoiiii...jangan laaaaa...jangan duduk sorang-sorang.. pegi la keluar dengan kawan-kawan. Lepak-lepak, enjoy-enjoy... Nanti slow-slow korang bole lupa.. Serius! Memang berkesan..

5) Sibukkan diri

Sibukkan diri ni bukan bermaksud korang pegi menyibuk hal orang lain okayyy... Kalo korang keje, tambahkan lagi keje korang.. Kalo memang takde keje, korang mintak bos bagi keje lagi... Mau kena penampor ni...hehe... tak perlu la sampai macam tu... Korang just make sure masa terluang korang tak terisi dengan aktiviti termenung. Nanti korang meraung kesedihan lagi.. Pegi la exercise ke..bole jugak fit kan badan.. Time duduk rumah tu, cuba pegi masuk dapur then masak apa-apa yang patut lepas tu kemas rumah, sapu n mop lantai sampai licin berkilat.. Bersih rumah korang.. Kan bagus macam tu...Kalo hari cuti tu, korang pegi holiday dengan kawan-kawan ke..  Bila korang sibuk dengan aktiviti macam ni, mesti korang tak ingat ex korang tu..

6) Jangan ambil tau pasal dia

Jangan sibuk-sibuk Tanya kawan korang pasal ex korang tu..Korang da break up, buat apa lagi nak ambik tau pasal dia.. Nanti kawan korang duk cerita ex korang tu tengah bahagia dengan awek-awek baru dia. Siap bagitau ex korang dating candle light dinner kat mana.. Buat sakit hati je kan? Satu lagi tak payah nak stalk fb ex korang.. korang nak tengok gambar ex korang sedang bermesra pegi dating tepi pantai pegang-pegang tangan ke? Tempat korang selalu dating pulak tu...Perghhh... hangin la kannn...  So biarlah dia dengan kehidupan dia dan korang dengan kehidupan korang.

7) Elakkan mendengar lagu-lagu sedih

Pagi ni korang break up, malam tu korang pegi dengar lagu jiwang indon dengan rock cintan tangkap leleh tu..makin meleleh la air mata korang..orang yang break up ni, bila dengar lagu jiwang leleh macam tu secara automatik boleh menghayati setiap patah lirik lagu tu sebab dia cuba letakkan diri mereka dalam situasi lagu tu..memang la sedih..baik tak payah dengar lagu.. kalo nak dengar jugak, layan lagu Twinkle Twinkle Little Star. Lagi best..

28 comments:

eikieyn said...

meh nk share jawapan kt sini.

1) Memang da 2 hari berturut2 meraung. Alhamdulillah feels better now.
2) Tu tak dpt dielakkan, sbb putus bukan atas dasar benci. Putus secare baik. Mcm mane tu??
3) Adoi.. berat sikit ni.
4)Kawan2 sume busy.. cane? cane?
5) Da busy giler skrg.. tp kadang2 teringat jugak.. how ??
6) So far, tak amek tau.. tatau la kan in the future mcm mane.
7) Yeahh! Tgh dok download sume lagu2 heavy metal. kasi mental sikit jiwa ni. :P

liyana said...

setuju!

tp, saya tak pernah merasa lagi..moga dijauhkan la.. :)

Husna said...

1) gud
2) better tak payah. tapi kalo contact tu tak rasa sakit hati, bole la teruskan..
3) kalo berat, bagi kawan simpan.. =)
4) semua busy?? kawan baik takkan biarkan kawan dia susah sorang-sorang..lagi satu,family kan ada..
5) try alihkan ingatan tu..banyak benda lain yang perlu difikirkan..
6)teruskan tak ambik tau..
7) okay..gud..

Husna said...

liyana : wahh...gud...semoga bahagia ya!tak payah la rasa benda2 macam ni...tak best..hehe

zBz said...

Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka...~

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA hendak menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " HILANG SEMANGAT", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
- kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')

Husna said...

zBz : yep.. semua telah ditentukan Allah.. =)

shazika said...

thnx unaa share entry ni.. :(

Husna said...

shazika : you're welcome =)

tya said...

erm..Tya pun pnah alami jugak..tp..life must go on..
Tya pkir yg buruk je psal my ex..
lgypun pkir je..mcti akan ade lgy baik dri dye yg kita boleyh dpt.. =)

Husna said...

Tya : betul tu...InsyaAllah nanti bole dapat yang lagi baik dari dia.. orang cakap kita jumpa orang yang salah dulu..

aliza said...

kalaulah boleh lakukan tu semua, kuat betullah orang tu, bukan mudah nak melupakan yg disayang,..

Husna said...

aimaniman : memang susah pun...tapi kena try la lupakan orang tu kan..

MERAH said...

Salam :)
Boleh tambah satu lg tips kot, iaitu dekatkan diri sentiasa dgn Allah.Mohon pada Allah spy dikuatkan hati.cari kekuatan dgn mengingati Allah.yelah,kalau bukan pada Allah pada siapa lg kan kita nak pinta.cari CINTA Allah, pasti rasa tak mnyesal breakup, kerana mencintai Allah ternyata lebih indah :)

Husna said...

Merah : wslm... yep.. that is the most important.. thanx =)

misz uzmy said...

perasan tak bila kita sedih ,kita dengar radio mesti semua lgu jiwang yg mnyentapkan hati cam thu je kita ngah frust menonggeng...

Husna said...

misz uzmy : betol tu..semua lagu cam kena je...

Unknown said...

Rasanya ni boleh tambah kot. cuba cari skandal or BFF yang lain jantina. boleh memudahkan untuk lupa bekas korang secara perlahan-lahan.

Post terbaru: Bagaimana buat duit dengan fanpage Facebook?
Post popular: Video iklan Axe yang melampau

Husna said...

KK : yep...bole jgk.. lagi cepat kot bole lupa kan...

thomas said...

Bagus dan tepat sekali petua2 ni sebab saya dah rasa dan nak tambah sikit,masa akan perlahan2 menyembuhkan luka lama.

Husna said...

thomas : sama la...menulis berdasarkan pengalaman...

syafiqa said...

list benda jahat dia.lg senang nak lupa.kehkeh

Husna said...

syafiwakarim : ok jgk tu..list benda jahat then tampal kat dinding...

Semut Senyum said...

redha dengan ketentuaNya. berfikir positif. pasti ada hikmahnya. Allah dah tetapkan yang terbaik utk kita. =)

aswadz said...

sibukkan diri. kalo xde keje, berblogging 24 jam. satu hari 24 entri. entri mesti melebihi 2000 patah perkataan. confirm x pk psl ex dah.

outbound malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Orang miskin bukanlah seseorang yang tidak mempunyai uang,
tapi ia yang tidak memiliki sebuah mimpi.,
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

Outbound training malang said...

kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Outbound training malang said...

kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Outbound di malang said...

salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...