Followers

Saturday, December 11, 2010

maaaaaahoooooooooooooooo!!!!!

ape kejadahnye aku menjerit tu??haha...aku bukan menjerit laa...tu bunyi masa aku belajar vokal..maaaahoooooooo!!!haaa...best x?  baiklah...sy tau memang tak best kan? hihi...kenapa aku belajar vokal pulak? bukan ke aku ni pelajar biomedical science? haaa....semester ni aku amik subjek music. pelik tak? belajar music ni boleh diagnosis penyakit ke? tak pun boleh menyembuhkan penyakit2 kronik? hmm....sama sekali tak ada kaitan semua itu. aku pun pelik kenapa kena amik subjek music ni. mungkin nak mengurangkan stress kami yang berlebihan sebab semester2 yang lepas memang tough gila subjek. tak pun universiti saje je nak kami amik subjek banyak2. haha...tak tau la tu...
then untuk subjek music ni ada presentation. present ape? haa...kena nyanyi2, berlakon2, menari2 dan lain2... tak nak la aku...maluuuu...(malu ke? hikhikhik). nak dijadikan cerita, 20 Disember ni ada konvokesyen MSU. jadi aku, Lizat dan Jibah sebulat suara bersepakat nak join koir untuk konvo tu. koir kan kena nyanyi ramai2. jadi kurang la sikit malu2 kucing tu..kan kan? lagipun dengar kata, kalo involve dalam koir ni dapat la extra mark.. lagi la kami bersemangat nak menyumbangkan suara kami ni.

first time pegi latihan koir, rasa cam segan je nak join. dah la join dengan budak2 kelab koir yang sememangnya mempunyai vokal yang best. kami ni budak baru belajar. vokal pulak memang agak hampeh. latihan dimulakan dengan latihan vokal. memang sama sebijik cam aku tengok dalam AF. hissing, bubbling, do re mi re do dll...menarik sungguh... pastu first lagu yang kitorang belajar nyanyi adalah lagu Negaraku. disebabkan kitorang ni tak tau vokal, kitorang jadi barisan alto aje la... mana bole nak menyemak kat budak2 soprano. hancuss lagu nanti..hehe..bila dengar melodi Negaraku untuk alto.......mak aihhhhhhhhh....gilooooo....lain bebebor dengan lagu Negaraku yang kita selalu dengar..bukan senang nak nyanyi lagu Negaraku tau..haha...tapi lama2 bila da pandai da sikit, rasa cam best lak...heeeeee...... saya suka koir! (suka sebab boleh cuci mata)


mungkinkah suara burung ni lagi best dari suara aku?

3 comments:

liza said...

mmmaaaaaaahhooooooooo...haha...akan jadi swiiiittttt...memory nih.. :)

Husna said...

btol3....

liza said...

mmg swit memory pun..tambah tak banyak keje nak buat..kih3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...