Followers

Tuesday, October 18, 2011

Saya dan Beruang

Uhuk uhuk... terbatuk lak...dah berhabuk blog ni.. lama sangat tak update.. last update masa aku baru start praktikal. ni aku dah nak abis praktikal dah... lebih kurang 4 bulan jugak blog ni sunyi sepi kan..

Saya dan beruang. Beruang?? aku tak dikejar beruang pun.. tak pernah tengok pun beruang secara live. tengok dalam tv n gambar tu pernah la.. maklum la...aku ni tak pernah pergi zoo.. kesian kan? macam sia-sia je zaman kanak-kanak aku sebab tak pergi zoo. biasanya time cuti sekolah mesti mak ayah bawak anak-anak pergi zoo. tak pun join rombongan sekolah.. tak dapat aku nak bayangkan macamana keadaan aku bila jumpa beruang depan mata aku. the real beruang.. adakah cute macam teddy bear? hmmmm....

melalut pulak aku ni...sebenarnya point utama yang aku nak bagitau dalam entry ni ialah aku suka teddy bear. teddy bear tu kan beruang.. serius aku sangat-sangat obses dengan teddy bear. dalam bilik aku dah ada banyak teddy bear. tambah pulak cadar aku bermotifkan teddy bear. sampai kawan aku yang masuk bilik aku ni cakap "ni bilik ke zoo?"


ntah ape-ape je kan? hehe...

2 comments:

tyra uyura said...

sama la . kat bilik tyra pun byk "beruang"

unaaaa said...

tyra : sama2 minat beruang ek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...