Sepanjang internship ni, memang sangat banyak perubahan berlaku...yela... pegi internship pun macam pegi kerja jugak...macam-macam kategori perubahan ada...
1. Waktu tido dan bangun tido
Yang ni memang satu perubahan yang ketara. kalo time study dulu, bangun tido pukul 10 pun takpe.. setakat terlepas kelas pukul 8 tu still tak menjejaskan carry mark.. bole dapat A jugak kan(berlagak nak mampos)..tapi time internship ni pukul 6 pagi dah kena bangun. berebut bilik air dengan anak sedara yang nak pegi sekolah sebab sebelum pukul 8 nak kena tercegat kat hospital da..kalo tido pulak biasanya kul 3,4 pagi baru nak tido sebab busy buat assignment (berlakon la kau).. sekarang pukul 11 pun mata dah nak tertutup.. duduk depan tv pon bole tertido.. konon letih sangat la keje...haha..mcm ni la aku tido...mesti nak ada teddy bear |
2. Tabiat makan
Dulu time study, selalu skip breakfast..yela...kalo kelas pukul 10-12, bangun pukul 9 then nak siap-siap semua mana sempat nak breakfast kan.. so lepas kelas tu baru la nak makan..pastu mlm kul 10 baru keluar makan.. so dalam 1 hari tu 2 kali je makan.. time internship pulak pagi-pagi datang keje, punch card then terus pegi makan.. melantak apa-apa yang patut... dah kenyang, masuk keje. pastu pukul 10 kuar makan lagi.. rehat pukul 1 pun makan.. balik keje, masuk dapur dulu cari makanan..malam pun makan jugak..see? berapa kali dah makan dalam satu hari.. memang membina badan betul..3. Tekanan
Tekanan time study dengan tekanan time keje ni lain.. time study tekanan time nak siapkan assignment, report n presentation.. nak-nak kalau wat keje last minit.. kena pulak line broadband yang slow mengalahkan siput yang tak larat nak bergerak dah.. bole sakit jiwa tu... tak kena lagi time exam..dapat jadual exam yang tak ada gap.. mula la sakit jiwa nak study..sibuk study sampai tak tido 2,3 hari.. pegi exam dengan mata beruang panda + otak berserabut.. dahsyat kan? time internship ni bagi aku kurang sikit tekanan... apa yang perlu aku buat, bangun tido, pegi keje, then balik keje.. tapi bukan pegi keje saja la.. belajar jugak apa-apa yang patut.. no assignment, no reports, no presentation and no exam! memang bahagia hidup...4. Kewangan
Duduk di Shah Alam vs duduk di Terengganu.. kat mana cepat habis duit? korang bole jawab kan...5. Acara melepak
Time study memang banyak masa untuk melepak n jalan-jalan.. kalo kat Shah Alam tu port aku n kawan-kawan kat Sunway Pyramid la... konon pergi window shopping.. last-last balik umah dengan 2,3 plastik bag sorang.. tak pelik... situasi normal bagi seorang perempuan.. pastu pegi tengok wayang.. setiap minggu ada je cite best... time internship ni duk umah je kan.. kalo melepak dengan kawan-kawan tu setakat lepak kedai makan je la.. pegi makan, borak-borak, minum air sampai abis pastu blah... masa nak melepak pun terhad.. mana bole nak lepak lama-lama.. kan kena tido awal sebab nak keje esok hari...tu la sedikit sebanyak perubahan hidup aku sepanjang internship ni.. tinggal seminggu lagi aku nak abis... lepas internship ni ada perubahan lagi ke?? hmmm... wait n see la...
2 comments:
~banyak jugak erk perubahan..
xpe2 sabar nak abis dah tue..hehe
byk la jgk...hehe...tak sabar nak abis...
Post a Comment