Followers

Monday, April 25, 2011

thanx followers...update! update!

oh... my followers dah 440 sekarang (Isnin,6.38pm)... terima kasih semua sebab sudi follow blog aku yang takde la cantik sangat kan... just simple... template pun biasa-biasa je... n also kat sini aku nak bagitahu mungkin dalam seminggu ni aku tak dapat nak update..tapi aku akan blogwalking... keadaan emosi tak mengizinkan aku untuk mengerah idea... otak aku sekarang sangat sarat dengan masalah dan kesedihan yang melanda.. I just need to be strong... stronger than before... stronger enough to live without the person I love for 2 years.. dengan perasaan sedih ni, aku kena kuatkan semangat untuk study sebab exam esok lusa dah start... ni pun tengah fikirkan macamana nak bahagikan emosi dan otak agar tak bercampur buat masa sekarang.. harap korang semua doakan kejayaan aku dan doakan semoga aku cepat-cepat dapat lupakan lelaki itu... 

Thursday, April 21, 2011

tanda-tanda lelaki dah bosan dengan korang

1. tak reply sms korang. dulu korang lambat reply seminit pun dia merajuk... tapi sekarang korang hantar 10 sms, dia reply 1... sedih kan?

2. dulu setiap setengah jam nak call korang.. tanya tengah buat apa. sampai korang pun naik serabut.. tapi sekarang dalam satu hari pun belum tentu lagi dia nak call.. alasan yang paling kerap dia guna ialah busy.. busy? come on la.. kepada lelaki-lelaki, alasan ini memang tak boleh digunapakai... dalam 24 jam takkan lah korang tak bole spend masa 5 minit je cakap dengan awek korang... korang bukan kerja 24 jam kan? 

3. mengelak bila ditanya pasal kawin.. dah nama pun dah bosan, bila sebut pasal kawin mesti la dia tak nak... dulu bukan main lagi dia janji macam-macam... 

          'nanti kahwin nanti abang bagi hantaran RM50 ribu...'
          'kalau sayang kahwin dengan abang, mesti sayang bahagia'
          'nanti lepas kita kawin kita pegi honeymoon kat bulan ye sayang. tak ada orang nak kacau kita kat sana'

tu dulu la... kalo sekarang korang tanya, mungkin ni la jawapan dia

          'awak ni tak ada soalan lain ke nak tanya?'
          'ikut awak la nak plan macamana pun. saya ikut awak je'
          'cakap pasal lain boleh tak?'
          'tak payah cakap lagi la pasal kawin. mak ayah awak pun belum tentu suka kat saya'
          'banyak benda saya tak ready lagi. tolong sabar boleh tak?'

kepada lelaki, perempuan tanya tu bukannya nak ajak lelaki kawin esok pun.. perempuan just nak plan je..

4. dulu dia panggil korang sayang, baby, darling, honey dan yang sewaktu dengannya. tapi sekarang dia cakap dengan korang guna awak-saya je... tak pun dia silap sebut nama orang lain.. haaa... tu memang dah parah... tu maknanya memang korang tak ada dalam ingatan dia dah... nama orang lain yang ada dalam kepala dia sekarang... 


di sini ingin saya nyatakan satu fakta yang baru saya dapat iaitu lelaki memang cepat bosan.


sekian. =)

Tuesday, April 19, 2011

tanda-tanda anda jatuh cinta dengan orang yang anda benci

pernah dengar orang cakap 'jangan benci-benci orang sangat. nanti jadi sayang'? kononnya dulu benci bukan main... dengar nama pun rasa mual nak muntah... apatah lagi kalau jumpa...maunya bersepai isi perut atas lantai... oh, agak over di situ... ekceli, aku pernah mengalami benda ni...isk....malu la pulak kan...hihi... nak tau tanda-tanda korang dah sayang kat orang yang korang benci, korang baca la kat bawah ni...







1. mula rasa rindu
biasanya kalau korang benci, mesti naik menyampah tengok muka dia kan.. nak-nak kalau dia tu selalu duk kacau korang... sakat sana-sini... tiap-tiap hari pulak tu..memang naik hantu la kan? lagi korang marah, lagi dia suka tayang muka depan korang.. tapi bila dia tiba-tiba senyap n tak kacau korang satu hari, korang rasa hidup tak lengkap.. lepas tu rasa pelik. kenapa dia tak kacau lagi.. korang teringat balik time dia kacau korang... haaa... itu rindu la tu...

2. jeles 
satu hari korang nampak sorang perempuan yang agak gedik cakap-cakap dengan dia.. perempuan gedik biasa la... nak bertepuk bertampar dengan dia ni... lepas tu siap gurau-gurau manja panggil dia sayang lagi... tiba-tiba timbul perasaan jeles.. kenapa perempuan tu gedik sagat dengan dia...hati korang dah rentung terbakar dah time tu... eh, cakap benci.. ni apahal pulak nak jeles-jeles...tu tandanya korang dah sayang dia la tu... heeee


3. senyum sorang-sorang bila ingat dia
bila dia ada depan mata bukan main lagi mulut marah-marah, muka masam mengalahkan buah lemon tak masak... tapi bila balik rumah, duduk dalam bilik sorang-sorang, korang tersenyum + tersengih pulak ingat dia... dia panggil korang minah senget pun korang sengih jugak... memang sah lah korang dah tangkap cintan ni...


4. marah bila kawan-kawan kutuk dia
dulu mulut korang lah yang paling laju mengutuk dia... mulut mengalahkan peluru berpandu... benci sangat lah tu... tiba-tiba satu hari kawan korang kutuk-kutuk dia, korang tak setuju pulak... siap back up pulak tu... aikkkk....boleh menimbulkan kemusykilan dalam otak kawan korang tu... 



5. tiba-tiba ambik tau pasal dia
dulu-dulu siap cakap tak nak dengar dah nama dia ni...kalau dia tak ada dalam hidup korang, aman la dunia... hiperbola jugak tu... tiba-tiba sekarang, korang pulak beria-ia nak korek background dia... nak tahu dia asal mana, duduk mana, siapa gf dia, hobi, cita-cita, kawan baik dia... eh eh Senah... banyak pulak kau nak tau pasal dia ek...



haha... itulah dia tanda-tandanya berdasarkan pengalaman aku... korang cane? share la.... =)








Monday, April 18, 2011

Jom Join Give Away Aimi!

tengah-tengah pagi buta ni aku rasa rajin nak menjoinkan diri untuk GA yang Cik Aimi buat ni... hadiah pun best... korang pun join la sekali... nak join? klik sini


syarat-syarat nak join GA ni ialah :

1) letak entry tajuk : Jom Join Give Away Aimi !
2) letak banner di atas dlm entry korang
3) letak dekat side bar jugak.. kalo takde , kira terbatal dgn sendiri okay
4) follow blog Cik Aimi sebab senang korang nak tengok update , tapi taknak follow , tak kisah ^^
5) tag 2 rakan yg ade blog ^^
6) tarikh tutup 30 APRIL 2011 
7) last one : letak link url entry korang dekat komen Cik Aimi

so, aku nak tag
2. adwa



Sunday, April 17, 2011

alasan untuk langgar traffic light merah

siapa yang tak pernah jumpa traffic light? ada ke? tak baik tipu tau... korang tau kan traffic light ada berapa warna... biru? errr... mungkin anda rabun warna... hehe... bagi pemandu-pemandu semua, pernah tak korang langgar traffic light merah? bukan korang pegi langgar tiang traffic light tu time lampu merah... maksud aku time lampu merah pun korang jalan jugak... pernah kan... sini aku nak bagi alasan yang pernah aku gunakan untuk langgar traffic light merah





1. lambat pegi kelas  
masa sem 3 lepas ada kelas pukul 8 pagi...bangun pagi nak mandi lagi....nak siap-siap lagi... keluar rumah jalan pulak jammed... lecturer pulak garang tahap kronik... student nak pandang dia pun gerun... lewat satu minit masuk kelas terus kena halau... disebabkan takut kena halau, jalan yang terbaik ialah redah dan langgar je traffic light... asalkan tak accident ok la kan?

2. traffic light tak sensitif
kat depan rumah aku ada traffic light macam ni... pukul 1 pagi, time tak ada kereta pun korang kena tunggu lama...dah la sunyi semacam jek... tambah pulak kereta aku je ada kat situ... dalam kepala dah terbayang cerita-cerita hantu... nak tengok cermin pandang belakang pun takut... oleh itu, terpaksa la aku langgar lampu merah tu... terpaksa okey...bukan sengaja...

3. sakit perut
korang pernah sakit perut? mesti pernah... pernah korang sakit perut time driving? haaa.... seksa kan? nak-nak kalau drive jauh... seksa uuuu.... dalam kepala duk terbayang katil dan toilet sedangkan perjalanan masih lagi jauh... time ni lagu-lagu yang sedang diputarkan di radio semua jadi tak best... fikir nak cepat sampai rumah je... jalan nak sampai ke rumah aku tu banyak pulak traffic light... oleh itu, demi perut yang tengah sakit lagi memeritkan, terpaksa lagi aku langgar lampu merah... sekali lagi, terpaksa okey... 

rasanye tiga alasan ni je kot.... ni pun sebab memang terpaksa... aku ni jenis mematuhi peraturan a.k.a skema... budak baik la katakan... hikhikhik... jangan muntah, nanti kena jual =)

Thursday, April 14, 2011

tanda-tanda orang lupa daratan

perghhhh....tajuk macam menusuk ke kalbu je kan? aku just nak share je memandangkan memang wujud manusia sebegini di hadapanku... aku ingatkan wujud dalam novel je..

1. nama

dulu : nor hamidah zurinah (bukan nama sebenar)
sekarang : myda zuryn (bukan nama sebenar)

haih... mak ayah dah bagi nama elok-elok tapi nak jugak guna nama-nama pelik yang tak ada maksud tu.. konon nama yang mak ayah bagi tu nama kolot dan kuno.. nama sebenar hanya digunakan dalam resume je... untuk mana-mana urusan lain seperti urusan surat-menyurat, shopping online dan lain-lain nama tak ada maksud tu digunakan... 

2. dialog ketika marah

dulu : tak sangka ko macam ni... fikir lah sikit....aku pun ada perasaan jugak
sekarang : tak sangka perangai ko macam setan... pegi mampus la.. f***! b***! s***!

mak aihh.... bukan main lagi dulu-dulu marah tak ada sampai nak mencarut... sekarang bole mencarut segala bagai...hebat betul

3. bila jumpa kawan sekampung

dulu : eh Kiah, mu kije mane lening? lame doh dok jupe mung ork? ingat dok dulu mu pernoh jatuh dalam rok mase lembu kejor mung?
sekarang : eh Kiah, U buat apa sekarang? lama la I tak jumpa U kan? I dengar u tak kerja lagi kan? tu la.. I dah suruh U datang KL cari kerja tapi U tak nak... tengok I ni... dah boleh pakai Honda Accord..

ewah ewah... dengan kawan sekampung pun nak cakap KL jugak ke? 

4. balik kampung

dulu : bila nak cuti ni? nak balik kampung la... rindu sangat kat mak ayah...homesick ni..
sekarang : alah... kena balik kampung lagi... bosan gila la kat sana... bukan ada apa-apa pun.. nak tengok wayang tak boleh... nak pergi club lagi la tak boleh...

jangan terkejut... memang ada orang macam ni... kesian mak ayah kat kampung ingat kat anak... tapi anak macam ni pulak... korang jangan wat macam ni tau... tak baik...

5. pemakaian

dulu : pakaian sopan, bertudung, sejuk mata memandang
sekarang : berseluar pendek, bersinglet

dulu bukan main lagi sopan.. siap cakap kalau pakai seksi-seksi nanti kena penampor dengan mak.. sekarang bukan main lagi semua nak didedahkan bagi orang lain tengok..bila orang tegur tentang pemakaian, dia cakap orang yang menegur tu kolot. what?? kolot?? memang nak kena la budak ni... 

apa nak jadi la budak-budak zaman sekarang... korang macam ni jugak ke? tak kan? good2..

 

Monday, April 11, 2011

Yana Yassin !st Giveaway

tadi tengah blogwalking, singgah lah blog Cik Yana Yassin ni... nampak ada giveaway...so rasa berminat pulak nak join... bole dapat colour contact lense kot.... best tuuu...hihi...siapa-siapa yang nak join, sila klik sini





syarat-syarat dia senang je...

* Letak banner atas ni dan link kan ke Entri nie.
* Buat entri dengan tajuk : YaNa Yassin 1st Giveaway
* Follow Blog Cik Yana Yassin ( senang nanti nak tau pasal GA nie )
* Tag 3 orang bloggers dan pastikan diowng tau yg diowg di tag eh.
* Link kan Post Entri anda ke Bahagian komen dibawah entri ini.
* Tarikh tutup 30 April 2011.

okey...sekarang masa untuk mengetag...

1. Ladyjaja
2. sweetsour
3. jieha
 

 

Friday, April 8, 2011

hati-hati dengan duit syiling

pada suatu hari.... lepas lunch... nak pegi bayar kat kaunter...

          makcik : ada 20sen tak?
          aku : ada....ada... jap eh...

ape lagi... aku geledah la purse aku...

beberapa saat kemudian...

          aku : tak ada la makcik...

haaa... duit syiling memang ada dalam purse aku tu tapi....

















tengok... macamana aku nak bayar dengan duit macam ni? mesti sebelum-sebelum ni aku pegi kedai pastu cashier kedai tu bagi baki kat aku duit ni... siap ada duit Australia tu... bole la nanti aku melancong pegi Australia dengan duit ni.. adehh...hobi aku bukan kumpul duit syiling la... tak payah la baik hati nak bagi duit Australia... tak laku pun kat Malaysia ni...bukan sekeping je... tiga keping kot... tapi mungkin silap aku jugak sebab tak tengok betul-betul time ambik duit tu... dapat duit je terus campak dalam purse... hishhh.... korang lain kali tengok la betul-betul bila cashier bagi duit baki... mana la tau jadi macam ni jugak...

Tuesday, April 5, 2011

malang tak berbau

hari Jumaat lepas aku pegi makan tengahari kat KFC... makan kat situ sebab nak ajak Husna sekali datang makan... rumah dia dekat dengan KFC Extreme Park tu... aku dengan Jibah sampai dulu so kami melantak la dulu... lama tunggu tapi Husna tak sampai-sampai... pelik dah ni... dekat-dekat nak abis makan tu tiba-tiba nampak Husna datang ke arah kami berlari-lari... aku ingatkan dia sangat-sangat excited la nak jumpa kami ni... sekali dia cakap

             "akak! handphone Husna terjatuh dalam longkang!"


            " hah??? jap... tunggu kitorang makan jap"

tanpa membuang masa, kitorang makan cepat-cepat... lepas tu terus ke tempat kejadian...


alamak, longkang besar..handphone Husna pulak landing baiiiiiik punya dalam longkang tu... mungkin handphone tu tengah bahagia kat situ...nasib baik tak ada air dalam longkang tu...maklumlah Shah Alam dah seminggu tak hujan... tapii..... longkang tu ada jaring-jaring yang tak dapat di angkat.. kalo tak, senang je nak terjun ambik handphone tu..  Husna dah tak tentu arah dah... cepat-cepat dia ambik satu ranting kayu yang agak panjang kat luar pagar extreme park... 

tugas mengorek longkang tu diberikan kepada Jibah.. memang pakar la Jibah ni... korek punya korek punye korek, handphone tu sampai la kat tepi jaring tu... so, tugas Husna pulak buat acara terjun bebas ke dalam longkang tu untuk ambik handphone... aku buat apa? hehe... aku tolong ambik gambar tempat kejadian je.... akhirnya... berjaya!!! hahaha... sungguh hebat.. agaknya mesti kereta yang lalu-lalang tertanya-tanya apa budak perempuan tiga orang ni buat kat longkang tu... 

lepas tu baru la Husna ada selera nak makan...so masuk la dalam KFC balik... aku masuk je KFC, terus teraba-raba cari spek mata aku... raba sana, raba sini tapi... tak ada pun dalam beg!! tidakkkkkk! spek mataku itu nyawaku... pusing-pusing dalam KFC tak jumpa.. lepas tu pergi kat longkang tadi tu... still tak jumpa... dalam kepala dah terbayang dah duit aku terbang... oh, perit sungguh hati... tak sanggup nak bagi duit kat tokey kedai spek lagi... baru je lagi bagi duit kat kedai tu... Jibah suruh aku pergi cari dalam kereta... aku pun pergi la kat kereta... memang tak ada... memang aku dah putus asa dah... 

tengah sedih tu tiba-tiba datang sorang pekerja KFC datang kat kitorang bawak spek aku.. haaaaaaaaa........ spek aku!! gumbiranya hati... nasib baik abang tu jumpa... kalo tak, mesti aku dah fobia datang KFC.. haha...


ni gambar-gambar pada waktu kejadian... 


duduk dalam longkang pun sempat lagi peace.. hebat!

"oh handphoneku!"

"yeah! saya berjaya!"



ni aksi Jibah sedang mengorek handphone Husna dalam longkang

spek mataku!

kedua-dua mangsa
ini la rupa handphone Husna.. habis calar-calar



Saturday, April 2, 2011

Maharaja Lawak Minggu 1



start bulan lepas Astro dah war-warkan pasal Maharaja Lawak ni.. aku sebagai peminat setia Raja Lawak mesti la tak mahu ketinggalan tengok Maharaja Lawak... 2,3 hari lepas aku dah bagitahu Jibah yang Jumaat malam aku tak nak keluar.. so pukul 9.30 tu aku dengan Jibah turun bawah rumah beli makanan. sampai rumah tepat-tepat pukul 10... 2 jam menonton Maharaja Lawak ni memang tak sia-sia... gelak bertubi-tubi aku dibuatnya... tak percaya? korang tengok la siaran ulangan nanti... tak pun korang tengok kat youtube... mesti ada orang upload kan?

okey... ni komen-komen aku terhadap lawak diorang minggu ni

1. Jozan
Best! mungkin ada yang cakap agak bosan dengan lawak mereka ni. bagi aku, tak bosan pun.. mungkin orang bosan sebab selalu nampak mereka ni kat tv... so mesti orang dah biasa dengan lawak diorang ni kan? yang aku suka ialah lawak mereka ni bukan lawak copy n kalo ada silap apa-apa diorang pandai cover...


2. Nabil
memang kelakar. idea tali pinggang berkalendar tu memang best. tapi sayang dia tak dapat habiskan lawak dia sebab masa dah lebih. dia agak banyak buang masa kat part awal-awal tu. kalau dia boleh habiskan lawak dia, mesti lagi best.


3. Sepah
aku suka diorang bertiga ni sebab sempoi je... ada la jugak nasihat berguna diorang ni bagi.. bagus la kan... berlawak sambil bagi info kat penonton...


4. Balas
hantu makcik karipap! bagi aku ni lawak terbaik minggu pertama.. gelak sakan aku tengok. nasib baik tak gelak guling-guling je..kalau diorang boleh perform lawak ni untuk final Raja Lawak 5 lepas aku rasa diorang ni boleh jadi juara la... Ahmad Idham pun cakap best


5. R2
lawak copy internet. aku pernah baca lawak tu kat internet so aku tak ada la gelak sangat. nasib baik ada dialog "sekolah kita kan besar".. part itu je aku suka...

6. Jambu
lawak yang agak menarik... part interview tu dah best tapi bila dah bunyi loceng, terus mengarut jadi...


7. Man
oh, satu lagi lawak copy dari internet. kecewa sebab aku tak gelak pun time dia perform. kenapa mesti nak ambik lawak dari internet? tak original la...


8. Wai
part mula-mula diorang kutuk ayah diorang. aku tak suka part ni. lepas tu diorang melawak pasal cara mandikan jenazah. aku tak suka jugak part ni. time Idlan keluar tu okey la sikit. bila bunyi loceng, Idlan terus lupa apa yang dia nak cakap. ok, boleh terima lagi... tapi yang aku sangat tak suka bila dua orang lagi tu terang-terangan marah Idlan. konon nak buat lawak la tu. bagi aku tak patut la. kalo Idlan tu lupa, diorang kena backup baik-baik la... 


9. Alex
ok la... cuma aku tak berapa faham yang part kat tandas tu.. 


10. Amir
hmmm.... apa nak cakap ek? walaupun aku orang pantai timur, aku tak faham pun dia cakap apa. dia ada idea nak buat lawak tapi laju sangat dia bercakap sampai orang jadi tak faham. bollok! 


11. XN3
bagi aku biasa-biasa je.. 


12. Jihan
aku suka bila dia bercakap.. tapi lawak dia macam mengutuk diri sendiri je... 




p/s : aku sokong JOZAN & BALAS!

korang kaya kalau....

macamana kita nak tahu orang tu kaya ke tak? sila baca...

Situasi 1

Minah dan rakan-rakan keluar dari dewan kuliah selepas kelas tamat

Limah : u, jom pegi shopping..
Minah : hmm... okey jugak tu.. jap...
(Minah mencapai handset dan terus mendail)
Minah : Helo daddy! Minah nak pegi shopping la petang ni. Daddy tolong book tiket flight untuk minah dengan Limah pegi London boleh? lepas tu book hotel dekat dengan Harrods tu. Minah ingat nak shopping kat situ la.

Situasi 2

Minah dan Mamat tengah dating

Minah : darling, kenapa U ni muram je? u bosan ke jalan-jalan dengan I?
Mamat : no la sayang... I runsing la.. daddy I tak nak masukkan duit untuk I.. U tau kan I tengah gaduh dengan daddy sekarang ni..
Minah : I kan ada darling.. I boleh tolong U...
Mamat : I nak pinjam 3K boleh?
Minah : 3K? no hal la... nanti I bank in 10K...

Situasi 3

Minah dan rakan-rakan sedang berbual di cafe

Limah : eh Senah, PTPTN dah masuk kan? aku ingat nak pegi beli handset la.. handset mana yang best sekarang ni ek?
Senah : yang Cokia ABC tu best la... touchscreen... zaman sekarang kan pakai touchscreen...
Limah : tapi kan aku minat yang BerryBerry tu... ko pakai handset apa sekarang Senah? 
Senah : aku pakai 2...satu Cokia DEF.. satu lagi handset cap ayam je... eh Minah, dari tadi senyap je. ko pakai handset apa?
Minah : I Phone 4, I Phone 5 & I Phone 6 je...

Situasi 4

Minah baru selesai makan di cafe


Makcik cafe : adik makan apa tadi?
Minah : nasi goreng seafood dengan fresh orange
Makcik cafe : semuanya lapan ringgit dik...
(Minah keluarkan wang RM100 dan bagi kat makcik tu)
Makcik cafe : dik, besarnya duit... duit kecik tak ada ke? susah nak bagi balik baki ni..
Minah : oh yeke? keep the change aje la makcik...



Kalo korang ada jumpa orang macam Minah ni, memang confirm la dia kaya.. sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...