masa short sem tahun lepas, aku ada ambik subjek Histopathology... lecturer lelaki yang ajar... n yang penting sekali, lecturer ni hensem! auuuwwww! segar mata I pegi kelas dia tau.. hihihi... aku rasa bukan aku je yang segar mata... student lain pon sama... especially student perempuan...
berdasarkan pemerhatian aku, kalo time kelas lecturer lelaki ni mesti student datang awal n gedik2 dalam kelas dia... nak cakap kuat2, gelak kuat2... lecturer tanya soalan, cepat je jawab.. tak tanya pun dia jawab jugak.. tapi time kelas lecturer perempuan yang mengajar, budak2 ni datang kelas lewat. lewat 10 minit ada.. setengah jam pun ada... pastu dalam kelas buat muka boring... bila lecturer tanya soalan, sorang pun tak nak jawab... eh... tipu... adalah sorang yang nak jawab... tu pun jawab slow2... bole nampak di situ yang lecturer lelaki bole menarik minat student perempuan pergi ke kelas, belajar lebih rajin dan bagi perhatian dalam kelas... hebat betul!
mesti korang tertanya2.. setakat mana tahap kehenseman lecturer lelaki ni kan? okey... pada mata aku, kehenseman dia ada iras2 FT! yes! Faizal Tahir! haaaa... hensem kan? cara dia bercakap pun sama... tapi aku tak dengar lagi dia menyanyi macamana. mungkin jugak sama dengan FT kan? lecturer ni memang famous kat MSU... n memang ramai student perempuan tangkap cintan dengan dia ni... biasa la tuuu... lecturer lelaki kat MSU ni ada berapa orang je... student perempuan pulak ramai... memang la ramai peminat dia kan?
nanti kalo aku jadi lecturer, aku nak mengajar kat tempat yang ramai student lelaki dari perempuan. agak2 nanti aku ramai peminat tak?
2 comments:
mmg la, kalo time sekolah dulu cikgu garang yang famous.. hensem 2 no 2 kot. hak3x
kan3x
betol2...cikgu disiplin plg femes
Post a Comment