Followers
Saturday, April 2, 2011
Maharaja Lawak Minggu 1
start bulan lepas Astro dah war-warkan pasal Maharaja Lawak ni.. aku sebagai peminat setia Raja Lawak mesti la tak mahu ketinggalan tengok Maharaja Lawak... 2,3 hari lepas aku dah bagitahu Jibah yang Jumaat malam aku tak nak keluar.. so pukul 9.30 tu aku dengan Jibah turun bawah rumah beli makanan. sampai rumah tepat-tepat pukul 10... 2 jam menonton Maharaja Lawak ni memang tak sia-sia... gelak bertubi-tubi aku dibuatnya... tak percaya? korang tengok la siaran ulangan nanti... tak pun korang tengok kat youtube... mesti ada orang upload kan?
okey... ni komen-komen aku terhadap lawak diorang minggu ni
1. Jozan
Best! mungkin ada yang cakap agak bosan dengan lawak mereka ni. bagi aku, tak bosan pun.. mungkin orang bosan sebab selalu nampak mereka ni kat tv... so mesti orang dah biasa dengan lawak diorang ni kan? yang aku suka ialah lawak mereka ni bukan lawak copy n kalo ada silap apa-apa diorang pandai cover...
2. Nabil
memang kelakar. idea tali pinggang berkalendar tu memang best. tapi sayang dia tak dapat habiskan lawak dia sebab masa dah lebih. dia agak banyak buang masa kat part awal-awal tu. kalau dia boleh habiskan lawak dia, mesti lagi best.
3. Sepah
aku suka diorang bertiga ni sebab sempoi je... ada la jugak nasihat berguna diorang ni bagi.. bagus la kan... berlawak sambil bagi info kat penonton...
4. Balas
hantu makcik karipap! bagi aku ni lawak terbaik minggu pertama.. gelak sakan aku tengok. nasib baik tak gelak guling-guling je..kalau diorang boleh perform lawak ni untuk final Raja Lawak 5 lepas aku rasa diorang ni boleh jadi juara la... Ahmad Idham pun cakap best
5. R2
lawak copy internet. aku pernah baca lawak tu kat internet so aku tak ada la gelak sangat. nasib baik ada dialog "sekolah kita kan besar".. part itu je aku suka...
6. Jambu
lawak yang agak menarik... part interview tu dah best tapi bila dah bunyi loceng, terus mengarut jadi...
7. Man
oh, satu lagi lawak copy dari internet. kecewa sebab aku tak gelak pun time dia perform. kenapa mesti nak ambik lawak dari internet? tak original la...
8. Wai
part mula-mula diorang kutuk ayah diorang. aku tak suka part ni. lepas tu diorang melawak pasal cara mandikan jenazah. aku tak suka jugak part ni. time Idlan keluar tu okey la sikit. bila bunyi loceng, Idlan terus lupa apa yang dia nak cakap. ok, boleh terima lagi... tapi yang aku sangat tak suka bila dua orang lagi tu terang-terangan marah Idlan. konon nak buat lawak la tu. bagi aku tak patut la. kalo Idlan tu lupa, diorang kena backup baik-baik la...
9. Alex
ok la... cuma aku tak berapa faham yang part kat tandas tu..
10. Amir
hmmm.... apa nak cakap ek? walaupun aku orang pantai timur, aku tak faham pun dia cakap apa. dia ada idea nak buat lawak tapi laju sangat dia bercakap sampai orang jadi tak faham. bollok!
11. XN3
bagi aku biasa-biasa je..
12. Jihan
aku suka bila dia bercakap.. tapi lawak dia macam mengutuk diri sendiri je...
p/s : aku sokong JOZAN & BALAS!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
sokong semua pendapat una..he he..
jozan balas nabil sepah besttt!! :)
yeah! tenkiu2 =)
sy suka balasssssssssssss! :)
aisyah : saya pun suka! =)
menusuk hati : sama la.. =)
saya suke gile SEPAH..
mimosa : kenapa suka sepah?
Post a Comment