Followers

Friday, March 4, 2011

Shahir datang MSU!

"alaaa....kecoh la minah ni...Shahir je kot... bukan Adam Lambert pun" 

mesti korang nak cakap macam ni kan? pandai aku teka kan? aku pun memang tak dengar mana lagu Shahir ni... tiap2 hari masuk kereta pasang Hitz.fm... dengar lagu Adam Lambert je la sebab Hitz tak pasang lagu Shahir... tapi time AF8 dulu aku memang minat Shahir... sebab ape??? sebab hensem!! sebab tu Shahir ramai peminat perempuan... dah lumrah perempuan suka artis yang hensem... yang lelaki memang la tak suka artis hensem... sebab diorang rasa tergugat bila awek-awek diorang asyik puji kehenseman artis lelaki tu... dengan artis pun nak jeles?? tapi kalau korang dah hensem, perlu ke rasa tergugat? hmmm.... tapi...... lelaki pun sama... suka artis perempuan yang cun + hot + seksi meksi... tak kisah lah suara tak best ke... lakonan tak mantap ke... asalkan boleh cuci mata... kenapa mesti nak cuci mata tengok perempuan cun + hot + seksi meksi? tak boleh ke cuci mata tengok makcik jual nasi lemak? 

okey okey... dah terbabas dari tajuk... Shahir datang kat MSU bukan saja2 buat lawatan sambil belajar... tapi dia buat persembahan untuk konsert sempena Malam Sinar Maulidur Rasul MSU 2011. bukan Shahir je yang ada... Rabbani n Muadz pun buat persembahan jugak... tapi Shahir la yang menjadi tumpuan... time orang lain nyanyi, penonton static je duduk kat kerusi... tapi bila Shahir je nyanyi, semua nak bangun pergi depan ambik gambar sampai yang aku duduk belakang ni tak nampak Shahir kat depan... lepas konsert pulak ada sesi sign autograf... ramai yang beratur... dan sudah pasti yang beratur tu semua perempuan! memang Shahir tak ada peminat lelaki ke? aku rasa ada je tapi diorang malu nak beratur sekali... hilang macho la beratur panjang nak mintak autograf Shahir kan? macam-macam la gelagat budak-budak ni bila jumpa Shahir... AJK dah cakap tak boleh nak bergambar nak posing-posing tapi ada jugak yang degil... aku nak ambik gambar banyak2 pun tak sempat... ini je gambar yang ada..


hensem kan?



sesi fotografi artis dengan AJK program... siapa yang nampak muka aku? memang mata anda tajam!

bersama Huda n the gang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...